Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Monday, November 14, 2011

[ Catatan Nota Lama ]

  • Andai pada masa kita berserah, kita hanya akan tetap berada di sini... kaku ditelan waktu...

  • Bukan DI MANA kita yang membuat kita berbeza, Tapi SIAPA diri kita (pemikiran) yang membuat kita tak sama;

  • Untuk berjaya macam orang lain, kita tak perlu jadi macam orang lain. Cukup sekadar jadi diri sendiri dengan usaha seperti orang lain;

  • Jadikanlah satu nilai diri kita seperti seribu nilai diri orang lain;

  • Orang yang paling miskin bukanlah kerana tiada wang di dalam poketnya, tetapi kerana tiada impian;

  • Susah pasti akan senang jika anda betul-betul berusaha mengemaskini kerja dan tindakan anda agar lebih berkualiti;

  • Orang yang berjaya adalah orang yang bertahan menghadapi cabaran;

  • Cara terbaik menilik hari esok adalah rancang dan ciptalah ia pada hari ini;

  • Sesungguhnya setiap usaha yang berterusan disulami dengan kesabaran, keyakinan dan kegigihan, pasti akan merealisasikan impian meraih sebuah kejayaan;

  • Pemimpin yang cemerlang akan mencipta kejayaan, pemimpin yang gagal akan mencipta alasan;

  • berfikiran positif dalam keadaan tenang, usaha yang berterusan dengan hari yang tabah, jujur diiringi dengan doa yang khusyuk serta tawakkal merupakan pemangkin kecemerlangan;

  • Jangan sesekali hilang tumpuan. kerana orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus ke arahnya tanpa menyimpang;

  • Semakin baik rancangan anda, maka semakin bersedia untuk mencapai sasaran anda;

  • Mentaliti yang kita ambil akan menentukan seberapa besar kesannya kepada kita;

  • Tidak ada jalan yang lebih pasti untuk mencapai kejayaan dari mengikut jejak daripada orang yang telah berjaya dalam menempuh perjalanan hidup sebelumnya;

  • Kemuliaan kita yang terbesar tidak terletak pada fakta bahawa kita tidak pernah jatuh, tetapi pada kebangkitan kita pada setiap kali kita jatuh;

  • Usaha yang dirancang akan menyelesaikan lebih banyak kerja bermutu berbanding usaha tanpa perancangan;

  • Tanpa keyakinan tiada apa yang dapat dilakukan, tetapi dengan keyakinan segalanya mungkin...

sumber : terjumpa ketika sedang mengemas

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here