Hadirmu
Bagaikan sinar baru
Dalam kehidupanku
Memberikan seribu harapan
Memberikan satu keinsafan
Atas kekuasaan
Mengajar aku
Kesopanan dan kejujuran
Memberikan aku
Nikmat bahang kebahagiaan
Namun kini
Kau biarkan aku sendirian
Tergapai
Dalam kerinduan dan kesepian
Mencari apa kesalahan
Yang tak pernah
Kau nyatakan
Hanya tangisan menjadi teman
Pada rindu
Tak berkesudahan
Apakah ini kesudahan
Atau mainan dugaan
Membuat aku kepiluaan
Dalam kesedihan
Hari demi hari
Aku menanti perutusan
Namun tiada kiriman
Hari demi hari
Aku menanti panggilan
Namun tiada deringan
Adakah
Ini tanda kesudahan
Buat aku insan kerinduan
Apakah
Ini suatu pengertian
Bahawa kebahagiaan itu
Bukan milikku
Sebagai balasan
Ini tanda kesudahan
Buat aku insan kerinduan
Apakah
Ini suatu pengertian
Bahawa kebahagiaan itu
Bukan milikku
Sebagai balasan
No comments:
Post a Comment