Di hati ini tersimpan ukiran nama-nama insan yang disayangi. Ukiran-ukiran ini akan kekal buat selama-lamanya. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh memadamkan ukiran-ukiran tersebut kerana kuatnya kasih sayang padanya.
Namun, terukirkah nama empunya hati ini seperti mana terukirnya nama-nama insan yang disayangi pada hati setiap insan yang disayanginya? Sekiranya tiada, empunya hati ini tidak kesal sekalipun. Apa yang empunya hati ini harapkan, hanyalah cukup sekiranya insan-insan yang terukir namanya di hati ini, tahu akan dirinya telah disayangi dan namanya akan terukir di hati untuk selama-lamanya.
Sesungguhnya akan aku abadikan namamu di hati...

No comments:
Post a Comment