Sesiapa saja di dunia ini mempunyai hak untuk menyayangi dan disayangi. Tiada siapa yang boleh menghalang seseorang itu menyayangi dan disayangi. Kuatnya kasih sayang seseorang itu bergantung kepada diri seseorang itu. Juga keikhlasan kasih sayang yang diberikannya.
Bagiku, aku menyayangi kerana ingin disayangi. Tanpa menyayangi takkan wujud disayangi. Aku juga akan menyayangi sesiapa saja yang ingin aku sayangi. Kasih sayangku juga milik semua. Diriku, dirimu, dirinya dan sesiapa saja yang kusayangi.
Namun aku sedar. Aku redha siapa diriku. Tidak semua insan yang kusayangi sanggup menerima kasih sayangku dan menyayangiku. Menyayangi tak bererti memiliki. Memang benar kata-kata ini. Tetapi cukuplah bagiku kiranya insan yang kusayangi itu tahu yang aku benar-benar menyayanginya untuk selama-lamanya. Setiap insan yang terukir dihatiku adalah insan yang kusayangi. Dan setiap insan yang kusayangi akan tetap dihatiku untuk selama-lamanya.
Terima kasih kuucapkan di atas kasih sayang yang diberikan dan pertemuan antara kita. Terima kasih segalanya. Sesungguhnya akan kuabadikan kasih sayang dan kenangan bersamamu selamanya. Permintaan terakhirku ingatilah aku di dalam doamu...
Monday, July 16, 2007
SAYANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY VIDEO
Contact Me... For More Information
Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here
No comments:
Post a Comment