Tatkala mata terbuka,
Realiti di depan mata,
Tak semua indah belaka,
Menanti tak kunjung tiba,
Meminta pada yang tiada.
Berlari mengejar pelangi,
Agar ceria nian di hati,
Jauh sudah kejar berlari,
Namun pelangi jauh berdiri,
Tak mungkin kan jadi realiti.
Realiti di depan mata,
Tak semua indah belaka,
Menanti tak kunjung tiba,
Meminta pada yang tiada.
Berlari mengejar pelangi,
Agar ceria nian di hati,
Jauh sudah kejar berlari,
Namun pelangi jauh berdiri,
Tak mungkin kan jadi realiti.
Mengapa tiada berputus asa,
Walau hati berkali terluka,
Terus menagih meskipun kecewa,
Mungkinkah ada kali kedua,
Bahagia jua yang akan menjelma.
Bila malam melabuh lena,
Mimpi indah datang menjelma,
Membawa seribu makna,
Yang dinanti datang tiba,
Memberi kita segala bahagia.
Terus bermain dengan fantasi,
Yang tak mungkin hadir di realiti,
Mengharap kekal tak berpagi,
Agar ia milik abadi,
Gembira bersama insan yang disayangi.
Tak mungkin makbul segala yang dihajati,
Kerana hidup ini tiada yang hakiki...
Walau hati berkali terluka,
Terus menagih meskipun kecewa,
Mungkinkah ada kali kedua,
Bahagia jua yang akan menjelma.
Bila malam melabuh lena,
Mimpi indah datang menjelma,
Membawa seribu makna,
Yang dinanti datang tiba,
Memberi kita segala bahagia.
Terus bermain dengan fantasi,
Yang tak mungkin hadir di realiti,
Mengharap kekal tak berpagi,
Agar ia milik abadi,
Gembira bersama insan yang disayangi.
Tak mungkin makbul segala yang dihajati,
Kerana hidup ini tiada yang hakiki...
ilham – 0145h – 26.03.06
No comments:
Post a Comment