Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Monday, July 16, 2007

Adakah Sehingga Andai Kenapa

Adakah pertemuan itu satu kesilapan?
Sehingga perpisahan sebagai tebusan...
Adakah ukhwah yang terjalin satu dosa?
Sehingga leraian ikatan sebagai hukuman...
Adakah kemesraan yang wujud satu terlarang?
Sehingga kedinginan sebagai balasan...
Adakah kesempurnaan yang hanya kau pandang?
Sehingga kekurangan diriku kau pinggirkan...

Andai dahulu keakraban kita jadi kegembiraan...
Kenapa renggangan kini menjadikan kita semakin berjauhan?
Andai dahulu kita saling mengenali...
Kenapa kini ku masih tak kau fahami?
Andai dari dahulu diriku tak kau mengerti...
Kenapa sehingga kini kau tak mahu mengetahui?
Andai dari dulu sering aku persoalkan...
Kenapa sehingga kini tak kau berikan jawapan?

Bagaimana daya aku melupakanmu?
Kerana kau sebahagian hidupku...
Kerana sayangku terpahat dirimu...
Itulah ikhlasku yang tak pernah kau tahu...

No comments:

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here