Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Tuesday, November 20, 2007

"... di mana hati emas?"

"ianya tiada lagi..."
pesan seorang kawan,

"... sejauh mana kita pergi, serendah mana kita duduk, setinggi mana kita berdiri, biarlah kita adalah kita..."

"di mana hati emas?"

apa yang aku faham tentang makna yang tersirat di sebalik persoalan ini? aku tak pasti. cuma pencipta persoalan ini sahaja yang tahu apa dia maksudkan. namun, aku punya tafsiran tersendiri tentang persoalan ini. mungkin sama. mungkin tidak.

secara 'simple', aku mentafsirkan persoalan ini -

"andai KEKAYAAN dan KEMEWAHAN yang kita cari di dunia ini, kita akan cari di mana LUBUK emas. tapi, andai KEBAHAGIAAN yang kita cari, pastinya akan kita cari di mana HATI emas...".

di mana LUBUK emas? di mana HATI emas?

hanya orang yang bijak dan yang pintar sahaja akan tahu di mana LUBUK emas. dengan usaha yang bersungguh-sungguh pasti takkan sia-sia untuk dia menemuinya. dan itu adalah hak dia atas cita-citanya. mungkin LUBUK itu satu tapi siapa sahaja boleh menemuinya. Semua kita pasti boleh memilikinya.

di mana pula HATI emas? tidak perlu bijak atau pintar untuk kita memilikinya. malah belum tentu orang yang bijak pintar boleh menemui dan memilikinya walaupun cita bersungguh. ia adalah milik kita semua. kita semua berhak memilikinya. tidak perlu dicari. kita hanya perlu SEDAR. kerana HATI emas itu ada dalam diri kita semua. ia kurniaan Dia untuk kita semua.

akan tetapi... tak semudah disangka untuk ia kelihatan walau ia ada dalam diri setiap kita. selam lah sedalam mana diri mu pasti tak kau jumpa. tak akan kau jumpa. jika... tiada KEIKHLASAN kau nurkan dirimu. itu yang pasti. terpulang untuk percaya atau tidak. jika ada kelapangan, kita renungkanlah diri kita dan diri orang di sekeliling kita. sedikit tentang KEIKHLASAN, pemberian yang TIADA KEIKHLASAN, akan TAWAR rasanya bila diterima. benar-benar tawar.

hakikat yang perlu kita terima... persoalan "...di mana hati emas?" kini, ia berjawapankan "ianya tiada lagi..." - kenapa?
lihatlah di sekeliling kita. walaupun setiap kita punya HATI. tapi, siapakah yang masih punya HATI EMAS dan siapakah yang mampu menemui dan dapat memiliki HATI EMAS itu? aku bukan sahaja ingin tanya pada kau dan dia. aku masih menantikan jawab diriku akan tanya itu...

aku berhenti berharap...

2 comments:

M. H. Jabbar said...

satu keikhlasan lebih baik dari seribu matlamat...

:-)

ud@cit said...

tu la pasal... tp, nk dapat yg 1 tu yang payah la ni... matlamat plak berjuta pun leh timbul wpun dh nk ujung tahun ni ade lagi azam yg x capai2. huhuhu...

rajin nya ko comments... terharu aku... huhuhu... tQ...

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here