Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Friday, December 28, 2007

Kata Hati

kadang-kadang, ada sampai satu masa itu kita rasa "letih" sangat. rasa "penat" yang muak. untuk berdepan dengan apa yg kita hadapi. hingga kadang-kadang membuat hati kita terdetik akan rasa putus asa. walaupun ianya bukan niat. tapi hati telah terdetik. detikkan yang luar dari kawalan perasaan kita. sampaikan kita tak tahu untuk apa yang hendak kita lakukan. tak tahu akan apa yang harus dan tidak patut kita lakukan. seperti kita tengah tersembam ke bumi dan tak punya daya untuk bangkit. fikiran kosong. terpaku kaku. hanya degup jantung yang bernafas. dan hanya air mata yang mengalir tanpa mampu kita halang.

dalam bangun hari yang kita lalui, kadang-kadang kita tidak "sedar". kita tidak sedar dengan apa yang kita lakukan. lakukan pada diri kita. yang mungkin juga pada orang di sekeliling hidup kita. adakah itu yang sepatutnya kita lakukan? patut atau tidak patut? adakah mungkin kita tahu? sebenarnya ada pada kita atau pada mereka? bingung andai kita terfikir. mungkin patut pada kita belum tentu patut bagi mereka. tapi, adakah kita perlu menerima andai ia patut bagi mereka sedangkan tak patut bagi diri kita? menipu diri sendiri? sampai bila? buntu bercelaru. ntah. tak tahu lah!

jadi, apa yang sedang kita lakukan ini? adakah apa yang sedang kita lakukan ini patut pada diri kita atau patut pada mereka? aku sendiri bingung. aku sendiri tak tahu dan tak punya jawapan yang pasti. apa yang aku tahu, aku kini sedang ikut Kata Hati. moga ianya juga patut bagi kamu.

andai aku perlu akur menerima diri kamu seadanya, adakah kamu juga akan sama menerima aku ini seadanya...?

:: antara sedar dan tidak, coretan ini hadir di sini.

Wednesday, December 26, 2007

Coretan di Perjalanan - Perth, Australia (Part 2)

Aku tahu aku tak mungkin dapat memilikimu.
Tapi cukup kenangan lalu antara kita,
telah buat aku ADA kamu dalam hidupku.

From :
Perth, Australia
16/12/2007 (6.04pm)

Coretan di Perjalanan - Perth, Australia (Part 1)

Hidup ini terlalu singkat.
Tak semua yang kita inginkan, kita boleh memilikinya.
Jadi, hargailah sahaja sekadar apa yang kita ada.
bukankah itu akan lebih memberi erti dalam hidup ini?

From :
Perth, Australia
16/12/2007 (5.55pm)

Shoutout for today

"Ukhwah itu di hati, andai bersendirian, pasti ia menemani. Setiap yg manis mampu dikenangi, walau tiada di mata kini, ia hadir bila diingati, kerana selamanya ia kekal di dasar hati..."

sumber : mynoacido
(i'm take this words from him... tQ bro...)

Wednesday, December 5, 2007

New icon in this blog - My Diary & Let's POT PET POT PET

korang semua,

semalam aku sempat letak icon dlm blog aku ni. hehehehe.... korang tgk la kt bahagian kiri blog aku ni. korang cari icon My Diary & Let's POT PET POT PET. ade 2 icon baru aku letak kt blog aku ni.

My Diary

aku letak My Diary ni adalah untuk kegunaan aku schedule kan life aku seharian and letak apa2 info penting yg perlu aku ingat. contoh: bila aku nk cuti rehat ker, hari kwin korang ke, besday korang ker... so, korang leh la check My Diary aku ni kalo nk tau schedule harian life aku. korang gak kalo nk aku ingat special day korang ke, bg tau la kt aku. nanti aku put it there... ok?

Let's POT PET POT PET

aku letak Let's POT PET POT PET ni plak adalah forum message untuk aku & korang untuk berborak ke berdiskusi ke tentang apa2 isu (ala2 bersidang la konon2), bergaduh ker kalo ade menda x puas hati, mengumpat atau bergossip tentang sesapa ke (dosa tanggung sama2 ok!) and untuk apa2 jer la... nak wish2 pun boleh. kalo korang ada apa2 nk "hangat"kan Let's POT PET POT PET aku tu, bg tau je la yer... aku harap gak, kt Let's POT PET POT PET tu aku & korang dapat kita berkumpul (gathering) versi online. maklum la, kita semua kan ade yg jauh2...

so korang jgn la ye segan2 "hangat"kan blog aku ni yer. kalo korang nk tolong promote2kan blog aku kt sesapa pun, aku x kesah... tQ ade lah aku bg kt korang. hehehehe....

jgn lupa... STAY CUTE LIKE ME... ("( 'o,' )")

Tuesday, December 4, 2007

Kawan tu bukan mcm ...

1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa meng hadi ahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. ( 'o,' )")

ehsan : KaK Ju.

Monday, December 3, 2007

Kitaro @ Arena Of Stars Genting

1st time aku jejakkan kaki di puncak genting adalah ketika aku darjah 5. masa tu aku ikut rombongan sekolah yang semuanya murid adalah dari darjah 6. macam mana aku leh terselit? aku kan baru darjah 5. huhuhu... aku ni pantang sgt kalo ade dgr rombongan. so, bile aku tau sekolah (SK Benut) nk bwk murid2 darjah 6 ke Kolumpor (KL) dan Genting, aku pun terus bertindak pantas. harharhar.... aku pun g la bilik guru jumpa cikgu yg arrange rombongan tu bodek2 utk dia boleh menyelitkan aku. mula2, aku x dibenarkan ikut. alasan - aku lum 12tahun lagi & xde IC. ceh! alasan kukuh yg perlu aku tepis. aku pun merayu lagi.... boleh la cikgu.... akhirnya, cikgu tu berjaya kurayu (aku lupa la nama cikgu tu - apapun, tQ & I luv u la cikgu!). tau x apa reason yg cikgu tu membenarkan aku g gak join rombongan tu? - sebab aku ni bersaizkan murid darjah6. hehehehe.... maklumlah, time tu aku ni comel sgt. so i'm look like 12yo. wat ever la... janji aku leh join... ahaks!



dan... pada 1Disember2007 yg lepas ni, aku berjaya mencipta ulangan menjejakkan kaki ke puncak genting tu. mata aku telah menyaksikan mcmana suasana dulu masa aku 1st time & mcmana plak la ni... beza sungguh... makin best! mcmana aku leh dapat pengalaman ni? hehehe... mula2 aku nk tQ so much kt Bos aku (Dr.Azim). dia yg bg aku 2 tiket free untuk tgk live show kitaro. terkesima seketika aku bila diberikan tiket tu. actually, bos aku dh beli awl tiket ni utk dia g tgk dgn wife dia. aku tgk kt tiket tu bulan 9 dia dh bli. tapi dia x dapat g sbb dia kena ke algeria atas urusan rasmi. so, dia pun serahkan tiket tu kat aku. hehehehe.... rezeki aku rupanya. n rezeki housemate aku, enal. kitaorg g berdua naik myvi 1.0 aku tu. sampai gak puncak myvi 1.0 aku tu dgn selamat (ingat myvi x leh ke wpun 1.0? ahaks!)


sedikit keciwa. sbb aku x dapat rakam n snap picture yg ok dlm arena of stars tu. hampeh tul la digicam aku ni. x secanggih mana rupanya. kabur jer semua pic yg aku snap. nk rakam jauh gak la. nampak blur jer... apapun, that was a great experience in my life setakat ni. international live show tu. kalo nk harap aku bli tiket, pk 18x pun lum tentu aku akan beli. Alhamdulillah ni rezeki aku n my housemate.
actually, b4 kitaorg masuk ke arena of star ni, kitaorg sempat gak la pusing2 n tgk2 apa menda2 yg ade kt puncak ni. ade la beberapa snap picture yg aku amik wat ala2 kenangan gitu. b4 masuk pun, kitaorg g suppedek dulu kt McD. kalo nk tgk picture2 lain, g la tgk kt fotopages aku yer...

Monday, November 26, 2007

6 things about u that people don't know about ??

6 things about me? nape 6 jer...? lebih x bleh ker? huhuhu... ade ke 'things' tentang aku yang orang tak tahu? aku kan banyak cakap (kata kawan2 aku la - aku pun sedar gak... ahaks!) mungkin kawan2 aku dh tau tentang aku... tapi, mungkin x semua. x pun, diorang x perasan or terlupa... kalo kawan2 aku jer ade yg x tau, apa lagi "people" lain, dok?

ape ek "6 things about me that people dont know about" yang aku nak 'list'kan...? eeerrrmmm.... ape ek...? jap aku pk kan... k lah, aku 'list'kan 6 ni jer. mungkin ade yg dh tau especially people around me...

1. jari kelingking tangan kanan aku cacat sket : bukan cacat semulajadi tau! cacat sebab masa aku kecik2 jari tu tersepit kt jongkang-jongkit. masa tu umah aku jd tuan umah utk 'party' pinggan mangkuk. penganjur plak bawak anak dia 2 orang (pompuan tu... - dh beranak pinak kot. aku pun dh x ingat muka diorang). so, kitaorang ni pun g la main kt padang permainan (depan umah aku jer). so, main ler jongkang-jongkit. diorang duk kiri n kanan dan aku lak duk kt tengah2. ntah mcmana, tersepit jari kelingking aku ni. meraung la aku balik umah. jari aku tu nak terputus daging dia (mak aku kata la. tu yg dia pun pitam tgk darah aku byk kuar. aku pun x ingat. sbb melalak sakan). kt klinik, doktor jahit cantumkan semula. huhuhu... kesan dari itu, masa kecik2 kalo aku nk makan, aku akan tgk dulu kedua2 blah tangan aku untuk pastikan mana kanan dan mana kiri. so, yg cacat jari tangan kanan, baru la aku start makan dgn tangan kanan... hehehe...

2. bentuk / bukaan mata sebelah kiri & kanan tak sama : ni la sebonarnya aku. tapi bukan mata aku juling tau! just bukaan mata tu x sama. aku dapat rasakan kalo aku buka mata n tenung sesuatu dalam jangkaan masa yg lama sket. rasa macam sebelah kanan aku ni bukaan dia kureng sket banding mata kiri. selain tu kita leh perasan kalo tengok pic muka aku. terutama kt gambar ukuran passport. eerrrmm....

3. aku ni pemalu la orangnyer : ramai yang sukar nak percaya (terutama kawan2 aku - malah diorang kata aku ni banyak bercakap. kalo dh mula, payah nk berenti. sejauh tol sungai besi hingga tol skudai lagi. tu pun selalu terlajak. pot pet pot pet...). tapi ade gak diorang yg perasan... memang la... seriously, aku ni pemalu orangnyer... maksudnya aku ni bukan peramah. aku mmg takkan rajin2 nk tegur sape2 yg aku x kenal. payah nak bercampur gaul dgn orang ler aku ni. kalo orang x tegur or mulakan dulu perbualan, senyap jer ler aku ni... - ntah lah nape aku mcm ni...

4. aku ade gastrik : kadang2 malu sendiri aku ni. sebab, sure sumer orang susah nk percaya. aku pun kalo jadi korang poyo2 juga nak percaya. mane tak nyer... aku ni, badan jer besar (ketegori orang kuat makan) tapi, ade gastrik! aaarrrgghhh tidak...!!! mana tak nyer, biase orang yg kena mende ni orang yg jarang or suka tangguh2 makan. tapi, spesis mcm aku ni pun leh kena. pelik kan? tapi, bonar... aku start kena (terima pengesahan dari doktor) masa aku form 3. huhuhu... time tu teruk gak la kalo tetiba gastrik aku ni nak 'bermanja'. seksa ooo... ubat pun aku terpaksa minum (air kapur perisa pudina yang meloyakan) time tu selalu. from that time sampai la la ni, perut aku ni senang sgt masuk angin. then, mula la ade sket komplikasi yg kena aku tanggung (x yah la bg tau...) apa pun, gastrik aku ni x lah sampai perlu pengecualian aku dr berpuasa. aku still leh puasa lagi. alhamdulillah...

5. bila gaknya aku akan ade BAS : huhuhu... kalo korang nk tau, dari kecik lagi kenderaan yang aku idam2kan adalah BAS. bas?! yup! bas la.... kenderaan yg panjang di atas jalan raya tu... kenapa bas? ye la... korang kan semua tau bas ni leh bawa penumpang yang ramai berbanding motor (even motor yang paling mahal di dunia). aku ni suka berjalan2. dulu masa sekolah kalo ade rombongan mesti aku nk join. just rombongan ASPURI sekolah dato' jer aku x dapat nk join diorang g cameron dulu masa kt sekolah (dh semua ppuan...). hehehe... sebenarnya aku leh feel best sgt2 kalo kita dapat berjalan ke sesuatu tempat ramai2. kalo g mana2, aku rasa best sgt kalo aku dapat bawak semua kuarga aku (kuarga besor - atuk, nenek, makcik pakcik, spupu spapat, etc.) yang aku sayangi. kan indah dapat bercuti beramai2. hahahaha.... suatu hari nanti aku nak bli BAS gak... peduli apa aku! (harap aku mampu)

6. sesetia kasih mak & secemburu mata abah : hehehe... tang ni aku x tau nk ayat lagu mana. kalo nk hurai, panjang berjela nu x abeh. tapi ni lah diri aku. anak yang telinganya ikut mak dan hidungnya ikut abah. x tau la sape yang perasan. aku pun baru sedaq sifat2 yang aku ada ni dr my mak dan my abah. so, korang hati2 na dgn aku! hehehe... ala... korang yg kenal aku, korang tau la sape aku, kan? aku x leh jd korang, aku x leh jd diorang (tp, aku tetap orang ok! - ahaks!). aku just jd diri aku. aku bukan kawan yang baik utk korang. tp, aku akan sentiasa wat yg terbaik utk korang sbg kwn.

ni la korang... "6 things about u that people dont know about" versi aku... sebenarnya lebih kot dr 6 yg aku nk list kan. tp, cukup la 6 dulu... may be kalo korang tau betul2 yg 6 ni, korang akan tau 1001 lagi ttg aku. hehehe... pening kepala korang ni baru tau!

cuba la korang listkan mcm aku wat ni and show that to all ur friends. kt blog korang ker, fster korang ker, mana2 lah... time korang list kan jer korang akan 'feel' sesuatu yg tgh aku rasa la ni. 'feel' mcmana? i cant explain it. but, i felt it. try la korang... jgn lupa, let me know ok!

Tuesday, November 20, 2007

"... di mana hati emas?"

"ianya tiada lagi..."
pesan seorang kawan,

"... sejauh mana kita pergi, serendah mana kita duduk, setinggi mana kita berdiri, biarlah kita adalah kita..."

"di mana hati emas?"

apa yang aku faham tentang makna yang tersirat di sebalik persoalan ini? aku tak pasti. cuma pencipta persoalan ini sahaja yang tahu apa dia maksudkan. namun, aku punya tafsiran tersendiri tentang persoalan ini. mungkin sama. mungkin tidak.

secara 'simple', aku mentafsirkan persoalan ini -

"andai KEKAYAAN dan KEMEWAHAN yang kita cari di dunia ini, kita akan cari di mana LUBUK emas. tapi, andai KEBAHAGIAAN yang kita cari, pastinya akan kita cari di mana HATI emas...".

di mana LUBUK emas? di mana HATI emas?

hanya orang yang bijak dan yang pintar sahaja akan tahu di mana LUBUK emas. dengan usaha yang bersungguh-sungguh pasti takkan sia-sia untuk dia menemuinya. dan itu adalah hak dia atas cita-citanya. mungkin LUBUK itu satu tapi siapa sahaja boleh menemuinya. Semua kita pasti boleh memilikinya.

di mana pula HATI emas? tidak perlu bijak atau pintar untuk kita memilikinya. malah belum tentu orang yang bijak pintar boleh menemui dan memilikinya walaupun cita bersungguh. ia adalah milik kita semua. kita semua berhak memilikinya. tidak perlu dicari. kita hanya perlu SEDAR. kerana HATI emas itu ada dalam diri kita semua. ia kurniaan Dia untuk kita semua.

akan tetapi... tak semudah disangka untuk ia kelihatan walau ia ada dalam diri setiap kita. selam lah sedalam mana diri mu pasti tak kau jumpa. tak akan kau jumpa. jika... tiada KEIKHLASAN kau nurkan dirimu. itu yang pasti. terpulang untuk percaya atau tidak. jika ada kelapangan, kita renungkanlah diri kita dan diri orang di sekeliling kita. sedikit tentang KEIKHLASAN, pemberian yang TIADA KEIKHLASAN, akan TAWAR rasanya bila diterima. benar-benar tawar.

hakikat yang perlu kita terima... persoalan "...di mana hati emas?" kini, ia berjawapankan "ianya tiada lagi..." - kenapa?
lihatlah di sekeliling kita. walaupun setiap kita punya HATI. tapi, siapakah yang masih punya HATI EMAS dan siapakah yang mampu menemui dan dapat memiliki HATI EMAS itu? aku bukan sahaja ingin tanya pada kau dan dia. aku masih menantikan jawab diriku akan tanya itu...

aku berhenti berharap...

Dedikasiku untuk kalian - Tesis 2004




Capricorn Today



Quickie:
Your relationships are not exclusive. You must share the people you love in life.

Overview:
Your community spirit is active now and volunteering feels incredibly appealing. See if you can devote some extra time to doing what you love and maybe also making the world a better place.

Daily Extended
Your relationships are not all exclusive -- sometimes, like it or not, you have to share the people you love in life. You should have plenty of confidence in the value you bring to your closest friends. Do not worry that someone's new friend or partner could change that personal connection. If you get too possessive about your relationship, you send a message that the assurance you need is more important that the other person's independence. It's a clear power play, and it won't be well-received.

Daily Teen
Your sweet side is coming out in a big way, and that might mean that your best friends are in for some seriously good times. You don't have to send anything on them, but just hear them out and help in small ways.

Daily Flirt:
Something small draws out your inner altruist, and you may spend the rest of the day trying to do something to make a difference in the world (or some small part of it). It's easier than you think!

Daily Couples:
It's time for you to get a reality check, especially when it comes to your relationship. Talk to your pals or a family member for some sound advice (and, if necessary, a firm talking-to).

Daily Singles:
Don't be afraid to share your quirkiness with a romantic interest today. Believe it or not, they'll find your hankering for 'Saturday Night Fever' charming. They'll even beg you to watch it with them.

Daily Career
A coworker may be so harried they don't know how to accept the help you offer. Stay on the sidelines, working quietly on your own projects, until you see an opening. Do coffee runs, transcription or whatever else you can.

Monday, November 19, 2007

Monday, November 12, 2007

picnic @ waterfall sg.gabai, hulu langat - 8Nov2007


for more pictures, visit
http://udaacit1182.fotopages.com

Friday, November 9, 2007

Selamanya di hati... Part 2

(will be publish soon)

Wednesday, November 7, 2007

Tuesday, November 6, 2007

Monday, November 5, 2007

Different shape 1995 vs 2007

???

My Konvo

Tadika Kemas, Benut (1988)
&
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (2004)

pak sedara vs. anak sedara

Me & Iqram

Friday, November 2, 2007

Kau Pergi Jua - kami redha dengan pemergianmu...

dari kiri : aku, mak, ucu (arwahyarhamah) dan nur aishah



25 Oktober 2007 - khamis (13Syawal1428H)



syawal kali ini rupanya adalah yang terakhir kita meraikannya bersama. kau kini telah pergi menyahut seruan Ilahi. mungkin ini adalah yang terbaik untukmu dari terus menderita dengan sakitmu. kami redha dengan ketentuan ini. damailah kau di pusaramu. semoga kau ditempatkan di sisiNya bersama orang-orang yang dikasihiNya.


khususan ila ruhi al-marhumah Mar'ah Binti Haji Yunus... al-fatihah...



Monday, October 22, 2007

Part Of My Life


Pantun Lebaran (Jawa)

nyimpen jenang nang jero tin,
arek digowo mareng suro,
keluputan kulo lahir batin,
salah silap njalok ngapuro.

bocah cilik mangan sego,
sego dipangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo njalok ngapuro.

buko poso lawuh'e gereh,
njegor sunge dicaplok boyo,
keluputanku sing akeh2,
kito 0-0 lah yo.

Wednesday, October 10, 2007

Masalah

"tidak apa jika kita tidak berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. tapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk berdepan dengan masalah itu..."

:: Rendang Untuk Mentua ::

Warkah Luka di Aidifitri - dari sahabat untuk sahabat

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku ingkar dengan janjiku pada kau untuk menulis sesuatu buat tatapan kau. Bukan niat aku untuk semua ini. Aku sendiri tidak – pasti samada apa yang aku lakukan ini betul atau tidak. Namun, sekadar meluah apa yang terpendam di hati ini. Maafkan aku...

Memang pelik dan menyangsikan andai coretan sebegini kau terima dari orang bergelar aku. bukan di mata orang sahaja, tapi aku tahu ianya juga difikiran kau. Namun, salahkah andainya datang dari seorang sahabat yang pernah kau kenali? Kerana hanya ruang ini sahaja yang aku ada untuk memberitahu segala dan inilah AKU. Untuk terakhir kalinya, aku harap kau sudi mengakhirkan tatapan coretan ini.

Terlebih dahulu aku mohon maaf kerana tak dapat aku kirimkan sesuatu pada kau untuk hari jadi kau yang lalu sekalipun aku telah dapatkan alamat dari kau. Ada sesuatu yang aku terima sehari selepas hari jadi kau yang membuat aku terhalang niatku untuk meneruskan hajat itu. Aku bimbang, hajat aku itu akan terus jadi bahan untuk mengeruhkan lagi keadaan dan mungkin akan terus dipandang serong. Malah hingga kini “sesuatu” itu masih menghantui harianku dan mengelirukan setiap kali aku teringatkan kau.

Mungkin pada orang lain dan pada kau, persahabatan yang terjalin di setiap pertemuan bagai pelayaran yang singgah di pelabuhan. Bila sampai waktu, ia akan berlalu dan pelabuhan ditinggal dengan anggapan pelabuhan itu kan menanti pelayaran lain. Tapi bukan aku. hakikat memang benar. Seseorang yang telah ada segala-galanya dan mudah memiliki apa yang dihajati takkan boleh mengerti akan orang yang serba kekurangan (jika dia enggan untuk mengerti).

Pertemuan antara kita – kau, aku dan kawan-kawan yang lain, satu jalinan yang tak mungkin aku mampu lupakan. Antara kita menjadi akrab. Saling mengenali. Tapi aku salah. Kita hanya mengenali kau tak memahami kerana kau tak pernah mahu mengetahuinya.

Rupa-rupanya dalam aku khayal akan keakraban kita, aku ketelanjuran sebenarnya. Menyayangimu sebagai seorang sahabat dan saudara adalah satu dosa pada kau. Hanya sekadar menyatakan dengan ikhlas akan takut kehilangan kau, persahabatan kita terlerai bila niatku kau pandang serong. Lalu ianya menjadi hukuman atas kesalahan ini yang terpakasa aku terima.

Pada mulanya aku tak peduli dengan apa kata orang. Kerna aku tahu kawan-kawan aku (dan juga kau) telah mengenali aku. Tapi aku silap. Bila kau sendiri hakikatnya tak mengenali aku. Aku kecewa. Aku benar-benar kecewa sebagai seorang sahabat. Apatah lagi, ia keluar dari mulut orang lain yang datangnya dari hati kau. Seikhlas aku kepada kau atas nama Allah tak kau mengerti walaupun kau telah mengenali aku dan kita pernah akrab. Baru aku tahu, rupa-rupanya keakraban yang cuba aku jalinkan tak selesa penerimaan kau.

Aku tak pasti apa yang cuba nak aku sampaikan pada kau akan coretan ini. Tapi, inilah yang terkusut di dalam hati aku akan persahabatan kita. Aku kecewa dan sering bertanya, kenapa ia harus keluar dari mulut orang lain dan bukan dari mulut kau sendiri. Aku rasakan kau sudah cukup matang untuk semua ini. Semua ini telah jadi hukuman pada aku untuk selama mana aku tak boleh melupakan persahabatan kita. Selagi kau tak bersuara untuk menyatakan apa yang sebenar dan bertanya kepada aku apa yang berlaku, hukuman ini akan terus aku terima.

Lupakan sahaja semua ini andai ia tak penting untuk kau dan kehidupan kau. Kau akan terus bahagia, dan aku akan terus begini menanti jawapan.

Di kesempatan ini, sempena aidilfitri yang mulia, aku hulurkan tanganku memohon seribu kemaafan atas semua kesilapan yang lalu dan “ketelanjuran” semua ini. Ketahuilah coretan ini kubuat sebagai tanda tiada akan adanya dendam walau sekelumit di hati ini akan aku pada kau. Mana mungkin wujudnya pada orang yang telah kusayang. Sebagai sahabat dan saudara. Hanya penjelasan darimu yang kupohon dan nantikan.

Akhir kata, semoga kau menyambut lebaran kali ini dengan lebih ceria dan gembira di samping keluarga dan insan yang tercinta. Aku doakan semoga kau dan dia berbahagia bersama berdua hingga ke jinjang pelamin dan berbahagia selamanya. Dan percayalah, aku bukan penghalang perhubungan kamu berdua seperti yang disangkakan.

Salam Aidilfitri 1427H. Maaf Zahir dan Batin...

sahabatmu...
ilham haikal

Selamanya di hati ... Part 1

hari ini, 28 Ramadhan 1428 (rabu - 10/10/2007) genap 2 tahun Hijriah coretan ini tersimpan dalam akrib memoriku. dalam tempoh 2 tahun ini juga pelbagai episod terus berteater yang tiada lelahnya. ku sangkakan episod kali ini akan menjadi mentari yang akan terus bersinar. tapi terbitnya hanya seketika cuma rupanya. mendung dulu masih menjadi milikku kini yang menginginkan hujan air mata untuk terus membasahi sepi ini.

kini kuhampar coretan ini di sini kerana harapanku tak pernah hapus, doaku juga tak pernah putus. dia pastinya kan "selamanya di hati..." - ikhlas...

01 November 2005 bersamaan 28 Ramadhan 1426 (Selasa)

Alhamdulillah...
Kau sudi memberi SMS kepada ku
Tanda kau telah menerima kad dariku
Lebih kurang 7 tahun (since 1999) terpisah
Sepi tanpa khabar darimu
Melupakanmu tak mungkin bagiku
Mengingatimu tak pernah kujemu
Kuharap ini adalah permulaan baru
Pada ukhwah yang terjalin antara
Kau dan aku
Mungkinkah?

Namun aku benar-benar berharap
Lebaran Syawal kali ini
Kita kan dapat bertemu
Kerana aku ingin benar bersua denganmu
Agar terubat sekian rindu
Kan kunanti kehadiranmu
Kuharap kau sudi dan punya waktu
Bercerita tentang khabarmu kepadaku
Sejak terpisah hanya itulah pintaku
Kepadamu terima kasih
Kerana masih sudi

Sekadar Mencari Kepastian


Monday, October 8, 2007

Layangan Kad Pengganti Diri - Salam Lebaran 2007

satu budaya yang perlu dikekal sampai bila2 hingga ke generasi akan datang biarpun dunia melayu menjangkau lebih dari tahun 2020. iaitu "mengirim kad raya" sempena menyambut hari lebaran, sebagai pengganti diri - mengutus khabar, memohon maaf. agar jauh terasa dekat. agar dekat semakin erat.

bukan nak mengata sesiapa atau membangga apa yang ada. sekadar ingin mencoret apa yang terfikir di benak akal. "mengirimkan kad raya" - budaya yang aku belajar sejak aku kenal erti kemeriahan menyambut aidilfitri yang sebenar. satu-satunya penghubung silaturrahim menjelang syawal agar kemaafan yang dipohon terampun dalam menyambut kemeriahan aidilfitri. bukti ukhwah yang terjalin sejak sekian lama masih utuh dan segar diingatan.
tapi kini kemeriahannya kelihatan semakin pudar. apabila hari-hari yang semakin "canggih" kini tersedia pelbagai altenatif lain untuk mengirim berita menghulur salam. ia dikatakan lebih mudah, ringkas dan cepat. ia tidak salah. ia adalah sesuatu yang baik. ia juga menunjukkan satu peningkatan dalam ketamaduanan hidup kita. maksud yang ingin di sampaikan juga akan diterima oleh pengirim. tapi, ianya seperti tiada "roh". atau dalam erti kata lain oleh orang zaman sekarang, ianya "tiada feel...". agak lawak penyataan ini. tapi cuba kita fikir2kan...

bagi aku, ini semua adalah baik buat kita. kerana ia adalah PEMUDAH. tapi bukan bererti kita boleh mengambil mudah seterusnya memberi ruang dalam diri kita perasaan malas yang menguasai kemudahan ini sebagai tirai untuk berselindung. bukan kita menggunakan kemudahan ini untuk memudahkan kita dan membolehkan lebih ramai lagi kita berkhabar, tapi adalah kerana malas hingga mengatakan budaya yang telah ada "melecehkan". maka secara naturalnya tanpa kita sedar, "roh" yang suci murni itu tiada. yang ada hanyalah bait kata2 yang kosong. kerana tiada lagi "keikhlasan" padanya...



ikhlas dariku... istimewa untukmu...


alhamdulillah... tahun ini aku masih berkesempatan untuk seperti tahun2 sebelum ini. berpeluang juga untuk aku menyedia dan melayangkan kad raya sebagai pengganti diri untuk menyampaikan salam dan memohon kemaafan buat beberapa taulan dan rakan. cuma aku agak terlewat mengepos sahaja (baru saja pos semalam). maaflah kiranya ia terlambat tiba ke pangkuan kalian. yang kuharap ia akan tetap kalian terima. sudilah kiranya kalian terima kehadiran layangan yang tak seberapa itu. tiada balasan yang kuharapkan dari kalian selain kemaafan yang dipinta dan kuharapkan persaudaraan kita akan semakin erat dan berkekalan di bawah limpah kurniaNya. ku juga berharap, andai kita punya waktu dan berkesempatan, dapatlah kiranya kita bersua di hari yang mulia nanti agar terubat rindu di hati.

buat rakan lain yang tidak dapat kukirimkan kad untuk kalian, sejuta maaf kupinta dari kalian. bukan niat untukku melupakanmu. kalian tetap dalam ingatanku bukan sahaja di hari lebaran, tapi di setiap hari nafasku bagiku kalian tetap sahabatku. hanya keadaan tidak begitu mengizinkan yang membataskan dayaku berbuat demikian.

istimewa buat kalian, di sini, di kesempatan ini... ikhlasku untuk kalian aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelma bersama keluarga dan insan tercinta dengan penuh keceriaan. sepuluh jari kususun dan kupohon sejuta kemaafan kepadamu atas kesalahan yang ketelanjuran dariku dari hujung rambut hingga hujung kaki. zahir dan batin. terima kasih atas persahabatan yang terjalin antara kita. halalkan segalanya. juga berharap kita mempunyai kelapangaan untuk bersua berjabat mesra di hari mulia nanti. pintu rumahku sentiasa terbuka menanti kehadiran kalian.

akhir kalam.... Salam Aidilfitri ikhlas dariku istimewa untukmu....

"taking care, smile always & stay CUTE like me... ( 'o,' )") ahaks!

Teruslah kau berdegup, meskipun aku tiada...

seperti biasa bila masuk jer kereta aku akan buka radio. x kira lah ke mana tujuku. pagi td rutin biase. pergi kerja. seperti waktu biasa aku ke pejabat. masuk je kereta, aku pun terus buka radio. kebetulan channel yang sedia terbuka adalah ikim.fm. malam td aku buka ikim.fm masa on the way aku balik dari sentul selepas bertemu kawan aku. syahdu gak drive sorang2 tgh2 malam (dalam 12 lebih). sambil dengar radio. ikim.fm plak tu. secara x langsung, antara sedar dan tidak, dapatlah aku muhasabah diri sebelum aku pejamkan mata untuk malam tu.

walaupun celoteh dj pagi td, agak "kureng" sket memikat telinga aku, tapi ade satu email yang dibacenya hasil forwad2 dari pengirim, buat aku tersentuh juga. tersentuh dengan email yang dibacenya. ia buat aku terfikir. terfikir tentang kehidupan ini. tentang erti hidup yang susah kita jangkakan dan tafsirkan.

email yang dibacekan oleh dj adalah berkaitan dengan isu baru2 ini yang sering jadi sorotan di akhbar2 dan berita. cerita mengenai seorang kanak2 cina yang telah bertahun menyambung hayatnya dengan bantuan jantung "palsu" kerana tiada penderma untuknya. tapi kini ia berakhir apabila dia diizinNya untuk terus bernafas dengan jantung sebenar setelah ade penderma sudi yang memberikannya.

Maha Besar Allah yang kita, juga aku, sering lupa dan terlupa. apabila Dia mengkehendaki, hanya dengan berkata "kun" sahaja, maka "fa ya kun" seperti yang dikehendakinya. Maha suci Allah. itulah sebenarnya erti sebenar Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang tertulis pada kalimah "Bismillahirahmanirahim". tak kira siapa, kita makhlukNya, Dia Maha Berkuasa ke atas kita.

setelah bertahun bersabar, bila Allah mengkehendaki, 2 jantung sekali gus dia menerimanya. di mana diberitakan, pembedahan pertama kanak2 itu untuk jantung pertama, tidak menunjukkan keserasian dia memilikinya. tapi mempunyai peluang ke2 dengan pembedehan ke2 dengan jantung ke2 yang diperolehinya. "memiliki keserasian" adalah satu risiko yang amat tinggi yang perlu dia berdepan. ajal menantinya jika "keserasian" itu gagal dimilikinya. kini dia stabil dan menunjukkan keserasian dengan jantung ke2 itu.

namun, apa yang menjadi topik email yang dibacakan oleh dj itu, bukanlah berhubung kanak2 yang menerima jantung itu. tapi adalah PENDERMA jantung itu. email tersebut adalah dikatakan datang dari seorang doktor pakar yang terlibat dalam isu pembedahan jantung kanak2 itu.

seperti yang kita maklum dari akhbar dan berita, hanya identiti dari penderma kedua sahaja yang diketahui umum seperti yang diwar2kan. namun, identiti penderma pertama dikatakan diminta untuk dirahsiakan oleh pihak keluarga penderma dari sesiapa sahaja. iaitu kepada media seterusnya kepada umum. biarlah identiti penderma pertama itu terus dijadikan rahsia... harap biarlah semua akur dengan permintaan keluarga tersebut. mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri.

dari email yg dibacekan dj tu, yang aku dengar pagi td, doktor tersebut telah dimaklumkan bahawa penderma tersebut adalah seorang pelajar muslim yang akan menduduki PMR pada tahun ini. Arwah adalah seorang pelajar tahfiz di sebuah sekolah tahfiz di utara semenanjung. Arwah dikatakan telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan motosikal ketika pulang dari kelas. Apabila Arwah telah disahkan meninggal dunia, pihak hospital bertanya kepada keluarga arwah kalau2 ingin mendermakan organ arwah berikutan isu kanak2 yang sedang mencari jantung itu. keluarga arwah telah bersetuju dengan redha untuk mendermakannya. Maha Suci Allah...

apa yang cuba ingin disampaikan dalam email tersebut yang dibace oleh dj, adalah isu pendermaan organ. fakta menunjukkan kebanyakan penderma organ yang ada ketika ini adalah bukan muslim. terlalu kecil, sedikit ianya terdiri dari penderma ber"title"kan MUSLIM. tersentuh dan terfikir sejenak oleh doktor pakar itu bila memikirkannya. kenapa kita muslim tidak ramai yang berbuat dan sanggup berbuat sedemikian? bukahkah ianya juga satu 'pengorbanan' dan jihad yang besar? masing2 mempunyai pendapat dan alasan tersendiri. tepuk dada, tanya iman. pasti ada jawapan.

jika kisah pelajar tersebut telah membuat doktor itu terfikir dan tersentuh, dj yang telah membace email itu pagi td juga telah buat aku tersentuh dan terfikir. jauh di sudut hati aku, timbul tanda tanya.... "di mana aku?", "di mana diriku?", "bagaimana dengan aku?". apa harus aku jawab dengan semua persoalan ini? kalo orang lain bertanya pada aku, mungkin aku boleh lari dari menjawab. tapi kalau hati aku ini yang berkata, ke mana aku nak sembunyi.... tepuk dada, tanya la iman. iman yang senipis kulit bawang. iman yang kadang bertambah. yang kadang berkurang. apa jawab ku?

walaupun perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa 15 minit, ia cukup buat aku menyelam mencari jawapan. menyelam ke dalam diri sendiri. apa yang ku jumpa... ringkasnya, jawapan yang aku temui dalam dasar diriku... dengan namamu Ya Allah, sumpah harianku padaMu akan hidupku, matiku adalah keranaMu, aku ingin mengikuti jejak pelajar itu. moga keluargaku juga akan seredha keluarga itu. pasti aku akan "pergi" ketika itu dengan rasa bangga menjadi umat Muhammad s.a.w. walaupun diriku tidak segagah untuk berjihad di medan perang.

aku cuma berdoa dan berharap kini padaMu Ya Allah, berikanlah aku kesihatan jasadku, peliharalah diriku dari sebarang musibah yang boleh menghalang hajat niatku ini.

Lillahi taala... aku redha... teruslah kau bedegup meskipun aku tiada...

Friday, October 5, 2007

Pasti Takkan Sama - Part 2

boleh ade part 1 and part 2 plak writing aku atas title ni. mcm panjang sgt jer yg aku nk tulis. bukan apa, masa tulis part 1 tu aku x cukup masa nk abiskan writing atas title ni. tu aku terpaksa wat part 1 and part 2.

kejadian lampu tidur aku pecah tu sebenarnya telah mengingatkan aku dengan satu kata2. yg mana bunyinya lebih kurang begini...

"persabahatan adalah ibarat gelas. andai ia retak atau pecah, cantumannya semula pasti xkan sama seperti yang asal..."

lampu tidur aku tu diperbuat daripada tanah liat (bikar). kekuatan strukturnya adalah hampir sama dengan gelas (yang diperbuat daripada kaca). lagipun bila aku cantumkan semula serpihan lampu tidur tu ianya memang kelihatan tidak sama seperti yang asalnya. terdapat kesan retak kelihatan ibarat parut selepas luka.

persahabatan adalah salah satu fitrah manusia dalam meniti perjalanan di dunia ni. so, dalam persahabatan juga sudah pasti terdapat pelbagai cerita. cerita yang x perlu aku ceritakan kerana kita semua masing-masing tahu dan menempuhnya. malah antara kita juga mempunyai prinsip atau pandangan tersendiri tentang erti persahabatan itu sendiri.

antaranya, ada yang tidak berapa kisah tentang erti persahabatan. kerana, persahabatan itu padanya akan datang dan akan pergi. di mana-mana ada sahabat. kalau x aku, engkau. kalau x engkau, mereka. x kisah lah... kalau kau nak kawan dgn aku, kita kawan, kalau, x nak, x per...

tapi ade juga yang menganggap sahabat adalah segalanya. sahabat adalah sebahagian hidupnya. tapi kenapa? mungkin dia ada erti yg tersendiri tentang sahabat. pasti dia mempunyai alasan yang tersendiri yang kita x tahu tentang hidupnya.

bukan bercinta sahaja yang menyakitkan bila dikecewakan atau dikhianati. tapi juga boleh berlaku dalam persabahatan. terutama pada mereka yang amat menghargai nilai erti persahabatan yang sebenar dalam hidupnya.

memang tidak dinafikan, dalam persahabatan juga terdapat suka duka. perselisihan juga pasti berlaku. sebab... nobody is perfect, right? malah, kadang kala, perkara itu lah yang membuat persahabatan itu akan lebih akrab. kerana dugaan itu, membuat kita menilai semula keikhlasan kita dalam persahabatan.

apa yang menjadikannya boleh "retak atau pecah" seperti gelas, apabila persahabatan itu dikhianati. apabila persahabatan itu diikat tanpa keikhlasan yang sebenar. bukan kerana tiada lagi persefahaman. tapi sebenarnya tidak mahu lagi memahami. sudah pasti sukar untuk dicantumkan semula seperti yang asal...

apa pun, sebenarnya, semua ini bergantung kepada diri kita sendiri. keikhlasan kita sendiri. dan sejauhmana kita menghargai erti persahabatan itu sendiri. kita umpamakan persahabatan itu seperti gelas. andaikan gelas itu retak atau pecah, mungkin atau tidak gelas itu untuk bercantum semula? jawapan itu ada pada kita. di mana? dalam diri kita. dalam hati kita yg paling dalam. yang masih punya keikhlasan dan kasih sayang. andaikan gelas itu adalah koleksi yang paling kita sayang. pasti kita akan jaganya dgn baik. tapi andai dugaan datang dengan terpecahnya gelas itu, pasti kita akan cuba juga mencatumkannya semula.

bagi yang kuatnya sayang pada gelas itu, pasti akan berusaha juga walau apa jua untuk "menyelamatkan" gelas itu. "kasih sayang" itulah "gam" yang cukup kuat untuk mencantumkannya kembali. "ikhlas" pula adalah "semangat atau usaha" kita untuk tetap memeliharanya. dan "kemaafan" adalah "keredhaan" kita yang menerima seadanya dirinya lalu sudah pasti dapat menutup "parut atau kesan retak" dari kelihatan di pandangan kita. hasilnya, ia masih mampu buat kita bahagia bersama. aku x menafikan persahabatan itu seperti gelas. tapi persabahatan itu pasti masih boleh dikekalkan walau apa jua rintangan. selagi "diri kita sendiri" "ikhlas" dengan "kasih sayang" yang diberikan.

the end...

sekadar untuk renungan....


@ “Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah”

@ “Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama”

@ “Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”

@ “Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya”


note : mesti ade yg pening2 x paham dgn apa yg aku cuba coretkan. aku ni kalo mengayat memang mcm belit2 sket (puitis konon). tp ni la cara penulisan aku (insyaallah, aku akan improve dr masa ke semasa). sebab tu kadang2 aku x suka tulis panjang2. takut melalut. tp, tu yang cuba aku nk sampaikan. hanya pendapat dari seorang yg bergelar AKU... SiLara.

My brother - Al-Fatihah for Angah

Don't ever lose your brother,
and always keep him near.
Never say you hate him,
tell him you're always there!

The pain of losing your brother,
is so much more...
Than any one person,
should have to endure.

The phone call that night,
that my brother was gone.
I honestly thought,
someone had it wrong.

I didn't get a chance,
to tell him how much I care.
All I keep thinking,
is, at the end,
I wasn't there.

To many people,
he was many things,
but to me he was just my brother.

A childhood shared,
the memories made,
memories I have with no other.

So if you have a brother,
you must hold on to him tight.
Cos one thing I've learnt is you'll never know,
When will be his last night.

Thursday, October 4, 2007

Hakikat di sebalik pandangan

Dari sinar matanya,
Terpancar nur ceria,
Dari lembut bibirnya,
Terukir senyuman gembira,
Dari raut wajahnya,
Tergambar sejuta bahagia...

Namun,
Itu hanya di mata yang berbeza,
Dari mata hanya ke matanya,
Pandangan tidak lewat hingga ke dasarnya,
Dasar yang tahu,
Akan hakikat yang ada,
Semuanya adalah dusta belaka...

Tak siapa yang tahu,
Tak siapa pun yang mengerti,
Ketenangan ombak yang memecah pantai,
Hakikatnya,
Dasar ribut bergelora,
Seribu isi yang terkandung,
Sejuta cerita yang terjadi,
Entah berapa pula rahsia yang tersimpan...

Siapa yang sanggup?
Menyelam hingga ke dasar laut,
Siapa yang sudi?
Merungkai segala yang terjadi,
Ikhlas untuk memahami,
Dan juga mengerti,
Agar terawat nian di hati,
Nescaya hakikat tak berbohong lagi,
Kerana realiti seindah fantasi...

Itulah mata,
itulah bibir,
Itulah senyuman dan itulah wajah,
Milik insan yang bergelar
AKU... SiLara

Tuesday, October 2, 2007

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balikkampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik.

kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naimye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan.Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung dibawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?"Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya."Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang."Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau nimacam ada masalah je..." tegur Raiz.

Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! bolehterus siap untuk sembahyang raya!"kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah!

Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la! "Terkejut Raiz mendengar cerita Naim." Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je! "Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli! "Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh!Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!".Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun.Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! "Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya terduduk di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. "Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenangdan aman di sana!

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

p/s: Tq kepada kawan-kawan yg forward2kan story ni...

Friday, September 28, 2007

Pasti Takkan Sama - Part 1

hari ni aku sedih sket... :,-( huhuhuhu...

sebab ketika tidur malam tadi aku tersenggol lampu tidur yang baru aku beli di Up Town Danau Kota dengan bantal. aku tersedar bila terdengar bunyi ia terjatuh terbaring... bila mata terbuka jer aku lihat ade beberapa sepihan dari jasad lampu itu terhambur... bangun tidur yang menyedihkan.... ia adalah lampu hiasan. tapi aku panggil "lampu tidur". sebab... aku pasang bila aku tidur.

dengan lemah longlai aku terus bangun tidur untuk bersahur. kerana jam telah menunjukkan 4.30pagi. mcm xde semangat... sebelum ni aku tidur bertemankan lampu tidur tu, x pernah pun sekali aku menghimpitnya yang sentiasa di sisi aku ketika tidur. tapi tidurku malam ni ntah nape leh jd macam ni...

lepas sahur, aku duduk di atas tilam dengan sedih cuba cantumkan semula serpihan2 tu pada jasad asalnya.... mujur hanya sikit sahaja serpihan yang terpisah... tapi... rupanya kini tak sama seperti sebelum. kerana telah ada parut padanya ...

... to be continue...

Ikan kering Sayur bening

26 Sept. 07 (Rabu)

Dari kelmarin lagi aku dah mengidamkan nak makan ikan kering dan sayur bening. Tambahkan lagi dengan sambal belacan. Peeehhh...!!! Semua bahan-bahan untuk menyediakannya dah memang ada kat rumah tu. Cuma kena cari sayur jer untuk masak bening.




Balik kerja semalam, aku terus singgah kedai runcit cari sayur. Jem sket kat kaunter kedai tu bile ramai plak yang berbelanja. Aku sampai rumah agak lewat sket banding biasa. But, aku try the best. Ala, bukan take time pun nak sediakan makanan yang kuidam-idamkan tu. Just effected sket la jugak bila masuk waktu buka aku tak siap hidang lagi. Actually, aku dah siap masak pun. Tapi aku decided yang aku nak mandi juga dulu baru makan. Kuar je dr bathroom, azan maghrib pun berkumandang. So, untuk tidak memakruhkan buka puasa aku dengan melambatkan berbuka, aku pun batalkan puasa aku dengan makan sebiji kurma dulu and then pakai baju. Siap jer pakai baju, terus hidang-hidang dan duk makan. Nikmatnya rasa bila aku dapat menikmati makanan yang aku idam-idamkan tu. Alhamdulillah...

Apapun ini hanya intro untuk coretan aku ini. Aku bukan mahu mencoretkan tentang terlepasnya aku dari kempunan apabila dapat menikmati apa yang aku idamkan. Atau juga menceritakan resepi membuat masakan ini. Tapi aku mahu mencoretkan tentang ikan kering sayur bening dalam kehidupan. Kehidupan aku. Kehidupan kamu. Kehidupan kita.

Ikan kering dan sayur bening. Masakan yang sering diletakkan taraf bersama-sama orang susah. Orang miskin. Orang kampung. Orang yang tak berkemampuan untuk menikmati makanan yang lazat dan mewah. Malah ada yang memandangnya sinis untuk berada di rumah banglo mewah dan panthouse condo. Tak layak untuk semeja dengan ayam madu, daging blackpaper dan salad coeslow.

Mereka tidak tahu. Malah, mungkin mereka tidak mahu untuk ambil tahu. ”please... that’s not my taste...” Huh! Mereka tidak tahu sebenarnya nikmat yang Allah cipta yang ada di sebalik ikan kering dan sayur bening ni. Aku bukan mahu mengata mereka. Aku juga bukan mahu mengata kamu mungkin. Tapi ada yang di antara kita yang tidak sedar. Seperti yang telah aku nyatakan... ”Hidup ini bukan sekadar apa yang kita lihat...”

Bukan hanya nikmat makan kelazatan ikan kering dan sayur bening saja. Apa yang cuba aku maksudkan adalah nikmat yang dapat kita rasakan semasa sama-sama mengadap juadah ini. Iaitu... bahagia bersama yang tersayang melalui susah senang kehidupan. Berkongsi segala. Ukhwah semakin berpadu, ikatan semakin erat terjalin. Walaupun ia tak seberapa. Tapi terlalu besar hikmah yang diperoleh darinya. Kalau sikit, sama sikit. Kalau banyak, sama banyak.

Apa guna kalau kita punya mewah segalanya, mampu memiliki dan merasai lebih dari ikan kering dan sayur bening, tapi kita sendiri walau bersama, serabut walau teratur, tak punya apa walau memiliki. Meja besar. Lauk aneka. Tapi kau duduk di hujung sana, aku duduk di hujung sini. Huh! Apa makna semua ini?!

Hakikatnya ikan kering dan sayur bening lah yang lebih mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar. Kita masih mampu bersyukur walau hanya dengan ikan kering dan sayur bening kalau nak dibandingkan dengan mereka yang di luar sana langsung tiada apa. Walau kita merasakan susah kita yang di sini, tapi kita masih mampu menikmati senang mereka yang di sana.

Aku pernah diingatkan... orang yang susah bila menjadi senang, orang itu akan indah. Tapi orang yang senang bila menjadi susah, orang itu akan gundah. Gelabah. Belum tentu mampu tabah. Orang susah akan mudah memahami erti kesenangan. Akan tetapi, orang senang, belum tentu akan memahami apa lagi boleh menerima erti kesusahan. Cukuplah walau perit itu hanya sikit saja aku rasainya.

Sesungguhnya adalah nikmat Allah yang tak terhingga apabila kita dapat melempiaskan kempunan tekak dengan ikan kering dan sayur bening. Dan dengan adanya sambal belacan pula adalah satu bahagia yang tak ternilai dan sempurna bila kita dapat menikmatinya bak umpama bersama dengan insan yang tersayang berada di sisi.

Aku masih mampu tersenyum pada mu Rabbi. Walaupun aku pasrah bersendirian di sini menikmati juadah yang diidamkan itu, ikan kering dan sayur bening bersekali sambal belacan tanpa insan yang tersayang. Aku akur pada Mu. Meskipun tiada dia di sisi di sini, dirinya tak pernah jauh di hati.

”...
c/o
kini aku pasrah...
dengan segalanya...
...”
– Erra fazira.

Persoalan?

Siapakah insan tersayang yang aku maksudkan? Tiada siapa yang tahu. Melainkan diriku sendiri, Dia yang Maha Mengetahui dan insan tersayang itu sendiri yang tahu. Kerana... insan tersebut pasti tahu bahwa aku menyayanginya dan hanya kepada Yang Maha Penyayang aku sering luahkan tentang sayangku pada insan tersebut yang tak pernah luput. Mungkinkah insan tersebut itu dia? Mereka? Atau kamu sendiri? Jawapan itu ada.

Melenggukkan lagi tari... Aku cuba

dasyat betul title di atas ni... hehehehe...
tari? ingat aku nak menari ker? pandai ke aku menari?
joget lambak pun x pernah.... huhuhuhu....

bukan lengguk tari aku... tapi lenggok tari "pena" aku di sini...
means... aku cuba belajar untuk tulis dalam bentuk coretan (panjang2 bukan mcm sajak / puisi / kata2 jer). aku akan cuba... aku x berapa suka sgt tulis panjang2 ni. thats y aku x berapa pandai... aku suka menulis / mencoret sesuatu yang ringkas (mcm sajak)tapi luas dan mendalam makna dan cerita yang ingin disampaikannya. baru mencabar sket sape yang membacanya sebab kena cuba mentafsir... (bukan nk menyusahkan yer...) x mengapa pun kalo kamu salah mentafsirkannya... baru kita leh tau sejauhmana cara pemikiran kita... yang penting ia hanya tafsiran dari pandangan dan pemahaman sendiri. mungkin betul tapi belum tentu pasti. jangan terus "menghukum" atau "melabel" sudah la... tu jer. kalo mahukan kepastian, x salah untuk bertanya. kata orang... "malu bertanya sesat jalan...."

so, di sini mulai hari ini jika aku mampu untuk "melenggukkan lagi tari" pasti aku akan "teaterkan" di sini untuk tatapan kalian... ok? sama2 kita nantikan...
apapun... untuk kalian, terima kasih kerana sudi datang bertandang...
selalu2 la yer... hehehehe...

... hanya satu permulaan ...

Thursday, September 27, 2007

Brother Bear - Brothers Under The Sun by Bryan Adams

tears


F R I E N D S H I P


FRIENDS...

from the deep of my heart, that u should to know,

you're so MEANINGFUL in my life...

thanks for everything...

Tuesday, September 25, 2007

DATANGLAH - Faizal AF



Apa benar, kata-kata,
Datang dari, mereka...
Tak bisa kulihat,cuma ku merasa,

Jika benar, kau bersedih,
Aku turut merasa pedih...
Sesalan pun tiba, ku hanya berdoa,

Datang mimpi menyentuh jiwa...
Bisik padaku cara menyinta,
Begitu lama masa yang tersia
Kini jelas ku yang merana

C/o
Datanglah...datanglah
Itu tinta pena dariku
Datanglah owhhh...pintaku
Hati nuraniku,
pohon kemaafan darimu hoo..

Datang mimpi menyentuh jiwa...
Bisik padaku cara menyinta,
Begitu lama masa yang tersia
Kini jelas ku yang sengsara

ulang C/o

Monday, September 24, 2007

Sekali Air Bah

Hati Yang Terluka

When You Tell Me That You Love Me

Kris Dayanti - Hati Ini Telah Dilukai

RAHSIA SEORANG JUTAWAN

petikan ni aku ambil dari satu akhbar
(lupa plak paper apa)

artikel pendek tu lebih kurang mcm ni...

seorang wartawan telah menghadiri satu event yang dihadiri oleh orang2 VIP.
dia telah mendekati seorang jutawan dan bertanyakan soalan :
"apakah rahsia tuan menjadi jutawan?", soal wartawan itu.
"3 PERKATAAN", jawab jutawan itu.
"apa dia?"
"KEPUTUSAN YANG TEPAT"
"bagaimana tuan melakukannya?", tanya wartawan itu lagi.
"1 PERKATAAN", balas jutawan itu.
"apa dia tuan?", dengan perasaan ingin tahu wartawan itu bertanya lagi.
"PENGALAMAN", jawab jutawan itu tenang.
"pengalaman yang macam mana tuan?", tanya wartawan itu kehairanan.
"3 PERKATAAN", lagi sambung jutawan itu.
"apa dia tu tuan?",
"SALAH MEMBUAT KEPUTUSAN", penutup jawapan jutawan itu.

Friday, September 21, 2007

Fahamilah Sahabat

JOGET CINTA SAKTI by haziq & rosma



Usah bimbang jangan ragu
Bila pulang daku tentu
Datang bertandang
Sakit cinta mabuk rindu
Pada kasih aku mengadu

Simpan dalam rindu
Setia dalam kalbu

Debar hati bukan calang
Juara hatiku telah pulang
Bagai bukti cinta padu
Pada kasih aku mengadu

Dendam dalam mimpi
Rindu dalam janji

Jangan turutkan hati
Meranalah diri
Kasih yang selari
Bukti tidak pudar seri

Hai hai hai…
Kasih telah bersemi
Jauhkan curiga di dalam hati

Harus diselang seli
Rajuk dan rindu sudahlah mesti

Bila Terasa Rindu by Dafi

Gila-Gila Remaja @ Anugerah Era 2007 - Memburu Impian



Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian

Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri

(Korus)
Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi Milikku

Ku Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi

Salahku by Sofaz

Sedalam Mana Cintamu by Safura



Kau berjanji akan masih
Setia seperti dahulu
Menyintai menyayangi
Dengan sepenuh hati

Dalam hujan dan kemarau
Kau lindungi aku
Belum puas ku kecapi
Hangat kasihmu

( korus )
Sejak engkau pergi dulu
Kau bawa bersama bisa hati ini
Kembalikan belaian jiwaku
Moga cinta bercahaya selamanya
Ooo...

Sedalam mana cintamu
Hingga sanggup melukakan hati ini
Dikala kurindu kasih sayangmu
Di sisiku hingga akhir nanti

Pulangkanlah bintang siang dan malamku
Lepaskanlah sengsara ini
Katakanlah aku menjadi milikmu
Berjanjilah hilangkan resahku

( ulang korus )

Devdas

Thursday, September 20, 2007

Fanaa

Hamara Dil Aapke Paas Hai

mohabbatein

Kal Ho Na Ho

Main Hoon Na

Tum Bin

kabhi khushi kabhie gham

Best Friend - kiroro



Mou daijoubu shinpai nai to nakisou na watashi no soba de
itsumo kawaranai egao de sasayaite kureta
mada mada mada yareru yo datte itsu demo kagayaiteru
toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Konna ni takusan no shiawase kanjiru toki wa shunkan de
koko ni iru subete no nakama kara saikou no purezento
mada mada mada yareru yo datte itsu demo minna soba ni iru
kitto ima koko de yari togerareru koto sonna koto mo chikara ni kawaru
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
minna no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Zutto zutto zutto Best Friend

Penyair


sahabat


pohon

Tanya Aku

OST - Love Is CINTA - Ada Cinta



Ucapkanlah kasih
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada dalam rinai hujan
Dalam terang bulan juga dalam shedu sedang
Mengapa sulit mengaku cinta padahal ia terasa
Dalam rindu dendam hening malam cinta terasa ada

OST - Diva

Wednesday, September 19, 2007

Tuesday, September 18, 2007

Friday, September 14, 2007

Thursday, September 13, 2007

Wednesday, September 12, 2007

Harapan Ramadhan by Raihan



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna



Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti



Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman by Aishah

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragan dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan

walking in the rain


Katamu Tanyaku


Kau kata,
"Kita hidup untuk hari ini
Sebab semalam adalah memori
Dan esok adalah misteri hidup kita..."

Ingin ku bertanya,
"Tanpa diundang
Aku hadir dalam memorimu semalam
Layakkah aku berada dalam hidupmu hari ini?
Atau sekadar misteri yang akan terus
Menghantui hidupmu esok..."

Seperti


Menarilah
Seperti tiada siapa memandangmu
Menyanyilah
Seperti tiada siapa yang mendengarnya
Sayangilah
Sesiapa saja
Seperti kau tidak pernah dilukai

Monday, September 10, 2007

Kunang-kunang kawanku sayang

Kunang-kunang kawanku sayang
Pucuk paku delima manis
Rindu siang bawa bertandang
Rindu malam bawa menangis

Pucuk paku delima manis
Sayang kawanku tidak bertepi
Rindu malam bawa menangis
Harap bertemu di dalam mimpi

You Are The One


Friends are like pieces of puzzles. If you lost one, it will never be complete again. Just want you to know that you are one of the pieces that i can't afford to loose...

("( 'o,' )( 'o,' )") SRK & Ud@ - mujse doste karoge?

Handsome, Sweet, Intelligent, Spontaneous,Good Looking, Nice Friends, Charming, Funny,well... Enough about ME! How about u?

Friday, September 7, 2007

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here