Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Monday, October 22, 2007

Part Of My Life


Pantun Lebaran (Jawa)

nyimpen jenang nang jero tin,
arek digowo mareng suro,
keluputan kulo lahir batin,
salah silap njalok ngapuro.

bocah cilik mangan sego,
sego dipangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo njalok ngapuro.

buko poso lawuh'e gereh,
njegor sunge dicaplok boyo,
keluputanku sing akeh2,
kito 0-0 lah yo.

Wednesday, October 10, 2007

Masalah

"tidak apa jika kita tidak berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. tapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk berdepan dengan masalah itu..."

:: Rendang Untuk Mentua ::

Warkah Luka di Aidifitri - dari sahabat untuk sahabat

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku ingkar dengan janjiku pada kau untuk menulis sesuatu buat tatapan kau. Bukan niat aku untuk semua ini. Aku sendiri tidak – pasti samada apa yang aku lakukan ini betul atau tidak. Namun, sekadar meluah apa yang terpendam di hati ini. Maafkan aku...

Memang pelik dan menyangsikan andai coretan sebegini kau terima dari orang bergelar aku. bukan di mata orang sahaja, tapi aku tahu ianya juga difikiran kau. Namun, salahkah andainya datang dari seorang sahabat yang pernah kau kenali? Kerana hanya ruang ini sahaja yang aku ada untuk memberitahu segala dan inilah AKU. Untuk terakhir kalinya, aku harap kau sudi mengakhirkan tatapan coretan ini.

Terlebih dahulu aku mohon maaf kerana tak dapat aku kirimkan sesuatu pada kau untuk hari jadi kau yang lalu sekalipun aku telah dapatkan alamat dari kau. Ada sesuatu yang aku terima sehari selepas hari jadi kau yang membuat aku terhalang niatku untuk meneruskan hajat itu. Aku bimbang, hajat aku itu akan terus jadi bahan untuk mengeruhkan lagi keadaan dan mungkin akan terus dipandang serong. Malah hingga kini “sesuatu” itu masih menghantui harianku dan mengelirukan setiap kali aku teringatkan kau.

Mungkin pada orang lain dan pada kau, persahabatan yang terjalin di setiap pertemuan bagai pelayaran yang singgah di pelabuhan. Bila sampai waktu, ia akan berlalu dan pelabuhan ditinggal dengan anggapan pelabuhan itu kan menanti pelayaran lain. Tapi bukan aku. hakikat memang benar. Seseorang yang telah ada segala-galanya dan mudah memiliki apa yang dihajati takkan boleh mengerti akan orang yang serba kekurangan (jika dia enggan untuk mengerti).

Pertemuan antara kita – kau, aku dan kawan-kawan yang lain, satu jalinan yang tak mungkin aku mampu lupakan. Antara kita menjadi akrab. Saling mengenali. Tapi aku salah. Kita hanya mengenali kau tak memahami kerana kau tak pernah mahu mengetahuinya.

Rupa-rupanya dalam aku khayal akan keakraban kita, aku ketelanjuran sebenarnya. Menyayangimu sebagai seorang sahabat dan saudara adalah satu dosa pada kau. Hanya sekadar menyatakan dengan ikhlas akan takut kehilangan kau, persahabatan kita terlerai bila niatku kau pandang serong. Lalu ianya menjadi hukuman atas kesalahan ini yang terpakasa aku terima.

Pada mulanya aku tak peduli dengan apa kata orang. Kerna aku tahu kawan-kawan aku (dan juga kau) telah mengenali aku. Tapi aku silap. Bila kau sendiri hakikatnya tak mengenali aku. Aku kecewa. Aku benar-benar kecewa sebagai seorang sahabat. Apatah lagi, ia keluar dari mulut orang lain yang datangnya dari hati kau. Seikhlas aku kepada kau atas nama Allah tak kau mengerti walaupun kau telah mengenali aku dan kita pernah akrab. Baru aku tahu, rupa-rupanya keakraban yang cuba aku jalinkan tak selesa penerimaan kau.

Aku tak pasti apa yang cuba nak aku sampaikan pada kau akan coretan ini. Tapi, inilah yang terkusut di dalam hati aku akan persahabatan kita. Aku kecewa dan sering bertanya, kenapa ia harus keluar dari mulut orang lain dan bukan dari mulut kau sendiri. Aku rasakan kau sudah cukup matang untuk semua ini. Semua ini telah jadi hukuman pada aku untuk selama mana aku tak boleh melupakan persahabatan kita. Selagi kau tak bersuara untuk menyatakan apa yang sebenar dan bertanya kepada aku apa yang berlaku, hukuman ini akan terus aku terima.

Lupakan sahaja semua ini andai ia tak penting untuk kau dan kehidupan kau. Kau akan terus bahagia, dan aku akan terus begini menanti jawapan.

Di kesempatan ini, sempena aidilfitri yang mulia, aku hulurkan tanganku memohon seribu kemaafan atas semua kesilapan yang lalu dan “ketelanjuran” semua ini. Ketahuilah coretan ini kubuat sebagai tanda tiada akan adanya dendam walau sekelumit di hati ini akan aku pada kau. Mana mungkin wujudnya pada orang yang telah kusayang. Sebagai sahabat dan saudara. Hanya penjelasan darimu yang kupohon dan nantikan.

Akhir kata, semoga kau menyambut lebaran kali ini dengan lebih ceria dan gembira di samping keluarga dan insan yang tercinta. Aku doakan semoga kau dan dia berbahagia bersama berdua hingga ke jinjang pelamin dan berbahagia selamanya. Dan percayalah, aku bukan penghalang perhubungan kamu berdua seperti yang disangkakan.

Salam Aidilfitri 1427H. Maaf Zahir dan Batin...

sahabatmu...
ilham haikal

Selamanya di hati ... Part 1

hari ini, 28 Ramadhan 1428 (rabu - 10/10/2007) genap 2 tahun Hijriah coretan ini tersimpan dalam akrib memoriku. dalam tempoh 2 tahun ini juga pelbagai episod terus berteater yang tiada lelahnya. ku sangkakan episod kali ini akan menjadi mentari yang akan terus bersinar. tapi terbitnya hanya seketika cuma rupanya. mendung dulu masih menjadi milikku kini yang menginginkan hujan air mata untuk terus membasahi sepi ini.

kini kuhampar coretan ini di sini kerana harapanku tak pernah hapus, doaku juga tak pernah putus. dia pastinya kan "selamanya di hati..." - ikhlas...

01 November 2005 bersamaan 28 Ramadhan 1426 (Selasa)

Alhamdulillah...
Kau sudi memberi SMS kepada ku
Tanda kau telah menerima kad dariku
Lebih kurang 7 tahun (since 1999) terpisah
Sepi tanpa khabar darimu
Melupakanmu tak mungkin bagiku
Mengingatimu tak pernah kujemu
Kuharap ini adalah permulaan baru
Pada ukhwah yang terjalin antara
Kau dan aku
Mungkinkah?

Namun aku benar-benar berharap
Lebaran Syawal kali ini
Kita kan dapat bertemu
Kerana aku ingin benar bersua denganmu
Agar terubat sekian rindu
Kan kunanti kehadiranmu
Kuharap kau sudi dan punya waktu
Bercerita tentang khabarmu kepadaku
Sejak terpisah hanya itulah pintaku
Kepadamu terima kasih
Kerana masih sudi

Sekadar Mencari Kepastian


Monday, October 8, 2007

Layangan Kad Pengganti Diri - Salam Lebaran 2007

satu budaya yang perlu dikekal sampai bila2 hingga ke generasi akan datang biarpun dunia melayu menjangkau lebih dari tahun 2020. iaitu "mengirim kad raya" sempena menyambut hari lebaran, sebagai pengganti diri - mengutus khabar, memohon maaf. agar jauh terasa dekat. agar dekat semakin erat.

bukan nak mengata sesiapa atau membangga apa yang ada. sekadar ingin mencoret apa yang terfikir di benak akal. "mengirimkan kad raya" - budaya yang aku belajar sejak aku kenal erti kemeriahan menyambut aidilfitri yang sebenar. satu-satunya penghubung silaturrahim menjelang syawal agar kemaafan yang dipohon terampun dalam menyambut kemeriahan aidilfitri. bukti ukhwah yang terjalin sejak sekian lama masih utuh dan segar diingatan.
tapi kini kemeriahannya kelihatan semakin pudar. apabila hari-hari yang semakin "canggih" kini tersedia pelbagai altenatif lain untuk mengirim berita menghulur salam. ia dikatakan lebih mudah, ringkas dan cepat. ia tidak salah. ia adalah sesuatu yang baik. ia juga menunjukkan satu peningkatan dalam ketamaduanan hidup kita. maksud yang ingin di sampaikan juga akan diterima oleh pengirim. tapi, ianya seperti tiada "roh". atau dalam erti kata lain oleh orang zaman sekarang, ianya "tiada feel...". agak lawak penyataan ini. tapi cuba kita fikir2kan...

bagi aku, ini semua adalah baik buat kita. kerana ia adalah PEMUDAH. tapi bukan bererti kita boleh mengambil mudah seterusnya memberi ruang dalam diri kita perasaan malas yang menguasai kemudahan ini sebagai tirai untuk berselindung. bukan kita menggunakan kemudahan ini untuk memudahkan kita dan membolehkan lebih ramai lagi kita berkhabar, tapi adalah kerana malas hingga mengatakan budaya yang telah ada "melecehkan". maka secara naturalnya tanpa kita sedar, "roh" yang suci murni itu tiada. yang ada hanyalah bait kata2 yang kosong. kerana tiada lagi "keikhlasan" padanya...



ikhlas dariku... istimewa untukmu...


alhamdulillah... tahun ini aku masih berkesempatan untuk seperti tahun2 sebelum ini. berpeluang juga untuk aku menyedia dan melayangkan kad raya sebagai pengganti diri untuk menyampaikan salam dan memohon kemaafan buat beberapa taulan dan rakan. cuma aku agak terlewat mengepos sahaja (baru saja pos semalam). maaflah kiranya ia terlambat tiba ke pangkuan kalian. yang kuharap ia akan tetap kalian terima. sudilah kiranya kalian terima kehadiran layangan yang tak seberapa itu. tiada balasan yang kuharapkan dari kalian selain kemaafan yang dipinta dan kuharapkan persaudaraan kita akan semakin erat dan berkekalan di bawah limpah kurniaNya. ku juga berharap, andai kita punya waktu dan berkesempatan, dapatlah kiranya kita bersua di hari yang mulia nanti agar terubat rindu di hati.

buat rakan lain yang tidak dapat kukirimkan kad untuk kalian, sejuta maaf kupinta dari kalian. bukan niat untukku melupakanmu. kalian tetap dalam ingatanku bukan sahaja di hari lebaran, tapi di setiap hari nafasku bagiku kalian tetap sahabatku. hanya keadaan tidak begitu mengizinkan yang membataskan dayaku berbuat demikian.

istimewa buat kalian, di sini, di kesempatan ini... ikhlasku untuk kalian aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelma bersama keluarga dan insan tercinta dengan penuh keceriaan. sepuluh jari kususun dan kupohon sejuta kemaafan kepadamu atas kesalahan yang ketelanjuran dariku dari hujung rambut hingga hujung kaki. zahir dan batin. terima kasih atas persahabatan yang terjalin antara kita. halalkan segalanya. juga berharap kita mempunyai kelapangaan untuk bersua berjabat mesra di hari mulia nanti. pintu rumahku sentiasa terbuka menanti kehadiran kalian.

akhir kalam.... Salam Aidilfitri ikhlas dariku istimewa untukmu....

"taking care, smile always & stay CUTE like me... ( 'o,' )") ahaks!

Teruslah kau berdegup, meskipun aku tiada...

seperti biasa bila masuk jer kereta aku akan buka radio. x kira lah ke mana tujuku. pagi td rutin biase. pergi kerja. seperti waktu biasa aku ke pejabat. masuk je kereta, aku pun terus buka radio. kebetulan channel yang sedia terbuka adalah ikim.fm. malam td aku buka ikim.fm masa on the way aku balik dari sentul selepas bertemu kawan aku. syahdu gak drive sorang2 tgh2 malam (dalam 12 lebih). sambil dengar radio. ikim.fm plak tu. secara x langsung, antara sedar dan tidak, dapatlah aku muhasabah diri sebelum aku pejamkan mata untuk malam tu.

walaupun celoteh dj pagi td, agak "kureng" sket memikat telinga aku, tapi ade satu email yang dibacenya hasil forwad2 dari pengirim, buat aku tersentuh juga. tersentuh dengan email yang dibacenya. ia buat aku terfikir. terfikir tentang kehidupan ini. tentang erti hidup yang susah kita jangkakan dan tafsirkan.

email yang dibacekan oleh dj adalah berkaitan dengan isu baru2 ini yang sering jadi sorotan di akhbar2 dan berita. cerita mengenai seorang kanak2 cina yang telah bertahun menyambung hayatnya dengan bantuan jantung "palsu" kerana tiada penderma untuknya. tapi kini ia berakhir apabila dia diizinNya untuk terus bernafas dengan jantung sebenar setelah ade penderma sudi yang memberikannya.

Maha Besar Allah yang kita, juga aku, sering lupa dan terlupa. apabila Dia mengkehendaki, hanya dengan berkata "kun" sahaja, maka "fa ya kun" seperti yang dikehendakinya. Maha suci Allah. itulah sebenarnya erti sebenar Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang tertulis pada kalimah "Bismillahirahmanirahim". tak kira siapa, kita makhlukNya, Dia Maha Berkuasa ke atas kita.

setelah bertahun bersabar, bila Allah mengkehendaki, 2 jantung sekali gus dia menerimanya. di mana diberitakan, pembedahan pertama kanak2 itu untuk jantung pertama, tidak menunjukkan keserasian dia memilikinya. tapi mempunyai peluang ke2 dengan pembedehan ke2 dengan jantung ke2 yang diperolehinya. "memiliki keserasian" adalah satu risiko yang amat tinggi yang perlu dia berdepan. ajal menantinya jika "keserasian" itu gagal dimilikinya. kini dia stabil dan menunjukkan keserasian dengan jantung ke2 itu.

namun, apa yang menjadi topik email yang dibacakan oleh dj itu, bukanlah berhubung kanak2 yang menerima jantung itu. tapi adalah PENDERMA jantung itu. email tersebut adalah dikatakan datang dari seorang doktor pakar yang terlibat dalam isu pembedahan jantung kanak2 itu.

seperti yang kita maklum dari akhbar dan berita, hanya identiti dari penderma kedua sahaja yang diketahui umum seperti yang diwar2kan. namun, identiti penderma pertama dikatakan diminta untuk dirahsiakan oleh pihak keluarga penderma dari sesiapa sahaja. iaitu kepada media seterusnya kepada umum. biarlah identiti penderma pertama itu terus dijadikan rahsia... harap biarlah semua akur dengan permintaan keluarga tersebut. mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri.

dari email yg dibacekan dj tu, yang aku dengar pagi td, doktor tersebut telah dimaklumkan bahawa penderma tersebut adalah seorang pelajar muslim yang akan menduduki PMR pada tahun ini. Arwah adalah seorang pelajar tahfiz di sebuah sekolah tahfiz di utara semenanjung. Arwah dikatakan telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan motosikal ketika pulang dari kelas. Apabila Arwah telah disahkan meninggal dunia, pihak hospital bertanya kepada keluarga arwah kalau2 ingin mendermakan organ arwah berikutan isu kanak2 yang sedang mencari jantung itu. keluarga arwah telah bersetuju dengan redha untuk mendermakannya. Maha Suci Allah...

apa yang cuba ingin disampaikan dalam email tersebut yang dibace oleh dj, adalah isu pendermaan organ. fakta menunjukkan kebanyakan penderma organ yang ada ketika ini adalah bukan muslim. terlalu kecil, sedikit ianya terdiri dari penderma ber"title"kan MUSLIM. tersentuh dan terfikir sejenak oleh doktor pakar itu bila memikirkannya. kenapa kita muslim tidak ramai yang berbuat dan sanggup berbuat sedemikian? bukahkah ianya juga satu 'pengorbanan' dan jihad yang besar? masing2 mempunyai pendapat dan alasan tersendiri. tepuk dada, tanya iman. pasti ada jawapan.

jika kisah pelajar tersebut telah membuat doktor itu terfikir dan tersentuh, dj yang telah membace email itu pagi td juga telah buat aku tersentuh dan terfikir. jauh di sudut hati aku, timbul tanda tanya.... "di mana aku?", "di mana diriku?", "bagaimana dengan aku?". apa harus aku jawab dengan semua persoalan ini? kalo orang lain bertanya pada aku, mungkin aku boleh lari dari menjawab. tapi kalau hati aku ini yang berkata, ke mana aku nak sembunyi.... tepuk dada, tanya la iman. iman yang senipis kulit bawang. iman yang kadang bertambah. yang kadang berkurang. apa jawab ku?

walaupun perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa 15 minit, ia cukup buat aku menyelam mencari jawapan. menyelam ke dalam diri sendiri. apa yang ku jumpa... ringkasnya, jawapan yang aku temui dalam dasar diriku... dengan namamu Ya Allah, sumpah harianku padaMu akan hidupku, matiku adalah keranaMu, aku ingin mengikuti jejak pelajar itu. moga keluargaku juga akan seredha keluarga itu. pasti aku akan "pergi" ketika itu dengan rasa bangga menjadi umat Muhammad s.a.w. walaupun diriku tidak segagah untuk berjihad di medan perang.

aku cuma berdoa dan berharap kini padaMu Ya Allah, berikanlah aku kesihatan jasadku, peliharalah diriku dari sebarang musibah yang boleh menghalang hajat niatku ini.

Lillahi taala... aku redha... teruslah kau bedegup meskipun aku tiada...

Friday, October 5, 2007

Pasti Takkan Sama - Part 2

boleh ade part 1 and part 2 plak writing aku atas title ni. mcm panjang sgt jer yg aku nk tulis. bukan apa, masa tulis part 1 tu aku x cukup masa nk abiskan writing atas title ni. tu aku terpaksa wat part 1 and part 2.

kejadian lampu tidur aku pecah tu sebenarnya telah mengingatkan aku dengan satu kata2. yg mana bunyinya lebih kurang begini...

"persabahatan adalah ibarat gelas. andai ia retak atau pecah, cantumannya semula pasti xkan sama seperti yang asal..."

lampu tidur aku tu diperbuat daripada tanah liat (bikar). kekuatan strukturnya adalah hampir sama dengan gelas (yang diperbuat daripada kaca). lagipun bila aku cantumkan semula serpihan lampu tidur tu ianya memang kelihatan tidak sama seperti yang asalnya. terdapat kesan retak kelihatan ibarat parut selepas luka.

persahabatan adalah salah satu fitrah manusia dalam meniti perjalanan di dunia ni. so, dalam persahabatan juga sudah pasti terdapat pelbagai cerita. cerita yang x perlu aku ceritakan kerana kita semua masing-masing tahu dan menempuhnya. malah antara kita juga mempunyai prinsip atau pandangan tersendiri tentang erti persahabatan itu sendiri.

antaranya, ada yang tidak berapa kisah tentang erti persahabatan. kerana, persahabatan itu padanya akan datang dan akan pergi. di mana-mana ada sahabat. kalau x aku, engkau. kalau x engkau, mereka. x kisah lah... kalau kau nak kawan dgn aku, kita kawan, kalau, x nak, x per...

tapi ade juga yang menganggap sahabat adalah segalanya. sahabat adalah sebahagian hidupnya. tapi kenapa? mungkin dia ada erti yg tersendiri tentang sahabat. pasti dia mempunyai alasan yang tersendiri yang kita x tahu tentang hidupnya.

bukan bercinta sahaja yang menyakitkan bila dikecewakan atau dikhianati. tapi juga boleh berlaku dalam persabahatan. terutama pada mereka yang amat menghargai nilai erti persahabatan yang sebenar dalam hidupnya.

memang tidak dinafikan, dalam persahabatan juga terdapat suka duka. perselisihan juga pasti berlaku. sebab... nobody is perfect, right? malah, kadang kala, perkara itu lah yang membuat persahabatan itu akan lebih akrab. kerana dugaan itu, membuat kita menilai semula keikhlasan kita dalam persahabatan.

apa yang menjadikannya boleh "retak atau pecah" seperti gelas, apabila persahabatan itu dikhianati. apabila persahabatan itu diikat tanpa keikhlasan yang sebenar. bukan kerana tiada lagi persefahaman. tapi sebenarnya tidak mahu lagi memahami. sudah pasti sukar untuk dicantumkan semula seperti yang asal...

apa pun, sebenarnya, semua ini bergantung kepada diri kita sendiri. keikhlasan kita sendiri. dan sejauhmana kita menghargai erti persahabatan itu sendiri. kita umpamakan persahabatan itu seperti gelas. andaikan gelas itu retak atau pecah, mungkin atau tidak gelas itu untuk bercantum semula? jawapan itu ada pada kita. di mana? dalam diri kita. dalam hati kita yg paling dalam. yang masih punya keikhlasan dan kasih sayang. andaikan gelas itu adalah koleksi yang paling kita sayang. pasti kita akan jaganya dgn baik. tapi andai dugaan datang dengan terpecahnya gelas itu, pasti kita akan cuba juga mencatumkannya semula.

bagi yang kuatnya sayang pada gelas itu, pasti akan berusaha juga walau apa jua untuk "menyelamatkan" gelas itu. "kasih sayang" itulah "gam" yang cukup kuat untuk mencantumkannya kembali. "ikhlas" pula adalah "semangat atau usaha" kita untuk tetap memeliharanya. dan "kemaafan" adalah "keredhaan" kita yang menerima seadanya dirinya lalu sudah pasti dapat menutup "parut atau kesan retak" dari kelihatan di pandangan kita. hasilnya, ia masih mampu buat kita bahagia bersama. aku x menafikan persahabatan itu seperti gelas. tapi persabahatan itu pasti masih boleh dikekalkan walau apa jua rintangan. selagi "diri kita sendiri" "ikhlas" dengan "kasih sayang" yang diberikan.

the end...

sekadar untuk renungan....


@ “Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah”

@ “Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama”

@ “Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”

@ “Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya”


note : mesti ade yg pening2 x paham dgn apa yg aku cuba coretkan. aku ni kalo mengayat memang mcm belit2 sket (puitis konon). tp ni la cara penulisan aku (insyaallah, aku akan improve dr masa ke semasa). sebab tu kadang2 aku x suka tulis panjang2. takut melalut. tp, tu yang cuba aku nk sampaikan. hanya pendapat dari seorang yg bergelar AKU... SiLara.

My brother - Al-Fatihah for Angah

Don't ever lose your brother,
and always keep him near.
Never say you hate him,
tell him you're always there!

The pain of losing your brother,
is so much more...
Than any one person,
should have to endure.

The phone call that night,
that my brother was gone.
I honestly thought,
someone had it wrong.

I didn't get a chance,
to tell him how much I care.
All I keep thinking,
is, at the end,
I wasn't there.

To many people,
he was many things,
but to me he was just my brother.

A childhood shared,
the memories made,
memories I have with no other.

So if you have a brother,
you must hold on to him tight.
Cos one thing I've learnt is you'll never know,
When will be his last night.

Thursday, October 4, 2007

Hakikat di sebalik pandangan

Dari sinar matanya,
Terpancar nur ceria,
Dari lembut bibirnya,
Terukir senyuman gembira,
Dari raut wajahnya,
Tergambar sejuta bahagia...

Namun,
Itu hanya di mata yang berbeza,
Dari mata hanya ke matanya,
Pandangan tidak lewat hingga ke dasarnya,
Dasar yang tahu,
Akan hakikat yang ada,
Semuanya adalah dusta belaka...

Tak siapa yang tahu,
Tak siapa pun yang mengerti,
Ketenangan ombak yang memecah pantai,
Hakikatnya,
Dasar ribut bergelora,
Seribu isi yang terkandung,
Sejuta cerita yang terjadi,
Entah berapa pula rahsia yang tersimpan...

Siapa yang sanggup?
Menyelam hingga ke dasar laut,
Siapa yang sudi?
Merungkai segala yang terjadi,
Ikhlas untuk memahami,
Dan juga mengerti,
Agar terawat nian di hati,
Nescaya hakikat tak berbohong lagi,
Kerana realiti seindah fantasi...

Itulah mata,
itulah bibir,
Itulah senyuman dan itulah wajah,
Milik insan yang bergelar
AKU... SiLara

Tuesday, October 2, 2007

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balikkampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik.

kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naimye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan.Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung dibawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?"Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya."Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang."Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau nimacam ada masalah je..." tegur Raiz.

Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! bolehterus siap untuk sembahyang raya!"kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah!

Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la! "Terkejut Raiz mendengar cerita Naim." Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je! "Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli! "Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh!Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!".Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun.Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! "Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya terduduk di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. "Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenangdan aman di sana!

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

p/s: Tq kepada kawan-kawan yg forward2kan story ni...

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here