Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Friday, February 29, 2008

watch-out guys!!!

My 2008 Motto

Tuesday, February 26, 2008

lagu-lagu best dalam Ada Apa Dengan Cinta

:: BIMBANG ::



:: HANYA ::



:: DENTING ::



:: SUARA HATI SEORANG KEKASIH ::



:: TENTANG SESEORANG ::

Gemuk dan Gendut

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp.com.my

GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala gendut senario biasa pada lelaki. Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin, perempuan mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut.

Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah disertai dengan kajian saintifik.

Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu ia juga berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu.

Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan proses urbanisasi dan globalisasi. Ramai orang tidak bergiat aktif, tidak bersenam dan mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemik yang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa di seluruh dunia terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk. Ironinya, negara seperti India yang dicatatkan sebagai negara yang memiliki kes kekurangan nutrisi yang tinggi juga menghadapi masalah ini.

Lahirkan anak ramai bukan punca gemuk

DI BARAT, gemuk dan terlebih berat badan memang perkara biasa. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pola peningkatannya lebih cepat berbanding negara membangun.

Bagaimanapun WHO memberi jawapan yang sama kepada punca masalah ini iaitu pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak tepu dan kurang khasiat digabung dengan sikap malas bersenam.

Justeru, kepercayaan wanita mudah menjadi gemuk selepas kahwin adalah mitos belaka.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata logiknya selagi menjaga pemakanan dan rajin bersenam, jumlah kekerapan melahirkan anak bukanlah soalnya kerana ada juga perempuan yang tidak berkahwin juga gemuk.

“Sebenarnya apabila umur meningkat iaitu bermula usia 40 tahun, fisiologi otot mengecil atau mengecut secara perlahan-lahan dan ia boleh diisi dengan lemak. Keadaan ini bukan terhad pada wanita saja tetapi juga lelaki,” katanya.

Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adipose tissue) semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI justeru berat badan.

Penggunaan tenaga tubuh sebenarnya sepadan dengan berat badan. Peningkatan tenaga yang tidak seimbang menyebabkan pertambahan berat badan.

Saya sentiasa sibuk di pejabat dan rumah, mengapa saya masih gemuk? Ini mungkin soalan biasa di kalangan wanita. Jawabnya mudah, kata Dr Noor Azah, secara relatifnya lelaki lebih aktif justeru mereka lebih berupaya mengawal berat badan berbanding wanita.

“Memang wanita juga aktif. Bagaimanapun keaktifan itu tidak termasuk bersenam. Selalunya wanita ‘aktif’ dengan urusan pejabat dan sibuk dengan rumah tangga tetapi secara realiti wanita tidak banyak bergerak,” katanya.

Maksudnya, dalam melakukan kerja pejabat dan kerja rumah kekuatan tangan yang lebih diperlukan. Pergerakan tangan digunakan untuk menaip dan memasak atau melipat pakaian. Pergerakan tangan tidak termasuk dalam kategori penggunaan otot besar. Penggunaan jari atau otot kecil bermaksud kurang mengeluarkan tenaga.

Berbanding otot besar seperti bahu, paha dan pinggul, setiap pergerakan otot besar lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Kerana itu setiap kali melakukan aktiviti fizikal ia mesti lebih dari jangka masa itu.

Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejuk mengambil masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan.

“Ada wanita mengambil jalan pintas untuk kurus. Mengambil pil pelansing dan mengamalkan diet tidak sihat. Apa yang perlu mereka tahu, pil pelansing ada pelbagai cara tindakannya. Ada berfungsi mengurangkan penyerapan makanan dan ada mengurangkan selera makan.

“Cara betul kurangkan berat badan adalah amalan bersenam dan makan makanan sihat. Jangan makan pil kurus kerana sebaik saja berhenti mengambilnya, berat badan akan naik dua kali ganda daripada asal. Malah ada kes ia juga boleh menjejaskan buah pinggang kerana ia sudah tidak boleh lagi berfungsi sebagai penapis,” katanya.

Dr Noor Azah berkata, ubat menguruskan badan tidak banyak membantu dan ia bergantung pada fungsinya. Paling utama pengguna perlu pastikan ia diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Gemuk sepatutnya tidak boleh menjadi trend. Obesiti adalah penyakit. Walau apapun kepercayaan, sama ada normal untuk wanita gemuk selepas kahwin atau biasalah kalau lelaki gendut selepas berkahwin ia harus dihapuskan sama sekali,”

Antara komplikasi gemuk adalah barah. Memang penyakit barah itu sebenarnya disebabkan banyak faktor, tetapi kalau banyak lemak risiko barah lebih tinggi. Justeru, mereka yang obes lebih cenderung diserang barah.

Genetik memang memainkan peranan tetapi ia tidak sehebat penangan tabiat pemakanan tidak betul dan sikap malas bersenam. Genetik hanya memberi sumbangan yang kecil saja dalam epidemik gemuk.

“Jika seseorang itu gemuk sejak kecil, sel lemaknya lebih besar dan banyak. Walaupun apabila dewasa, kegemukannya tidak bertambah, bilangan sel lemak tidak berkurang. Maksudnya, dia susah untuk menjadi kurus berbanding mereka yang gemuk selepas dewasa,” katanya.

Antara wanita dan lelaki malah antara satu individu dengan individu lain, tidak ada satu kadar pembakaran lemak (BMR) sama. Ada individu yang makan kerap tetapi tidak gemuk. Mereka ini tergolong dalam kelompok BMR tinggi.

Merujuk pada kajian pemakanan di kalangan dewasa Malaysia (MANS) pada 2003 mendapati prevelan obesiti dan terlebih berat lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki.

Perbandingan antara kaum pada 1995 pula mendapati prevelan obesiti lebih tinggi di kalangan orang Melayu diikuti India dan Cina manakala kajian MANS menunjukkan obesiti tertinggi adalah di kalangan masyarakat India.

Kajian MANS juga mendapati pengambilan tenaga penduduk Malaysia adalah 70 peratus daripada pengambilan makanan yang dicadangkan. Cadangan pengambilan tenaga penduduk Malaysia dewasa adalah antara 1,200 hingga 1,800 kalori (kcal) sehari tetapi ia berbeza mengikut umur dan jantina.

Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia (85.5 peratus) mengamalkan gaya hidup sedentari (lebih banyak duduk) manakala hanya 14.4 saja bersenam.

Kata Dr Noor Azah, secara umum bagi wanita tisu lemak berlebihan tersimpan di pinggul, kaki dan paha manakala bagi lelaki lebihan itu lebih banyak berkumpul di perut.

Secara umum, senaman untuk menguatkan jantung adalah berlari 30 minit tetapi jika ingin menguruskan badan, cukup dengan berjalan-jalan santai tanpa berhenti bagi tempoh satu jam.

Lelaki mudah gendut bila usia meningkat

APA punca gemuk dan gendut? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata puncanya adalah ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga.

Ini ditambah dengan tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan makanan berlemak dan tinggi kalori.

“Kombinasi pengambilan nutrisi berlebihan ditambah pula dengan gaya hidup lebih banyak duduk adalah punca utama obesiti epidemik,” katanya.

Selain malas bersenam, perubahan persekitaran fizikal (obesogenic environment) juga mempengaruhi keadaan ini.

Antara lelaki dan perempuan, lelaki cenderung untuk menjadi gendut apabila usia semakin meningkat. Lelaki seperti juga perempuan ‘bergelut’ dengan isu pertambahan berat badan atau gemuk sepanjang usia. Begitupun, ada yang tidak menyedari pertambahan dalam ukur lilit perut mereka.

Gemuk atau gendut sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan diet yang betul dan senaman. Senaman untuk setiap individu, tua dan muda tidak sama. Apabila usia meningkat misalnya, selain mengubah menu makanan anda juga perlu tahu senaman sesuai untuk terus kekal langsing atau menurunkan berat badan.

Secara umum, untuk menurunkan berat badan anda perlu ‘membakar’ sebanyak mana kalori yang anda ambil. Maksudnya elak makanan tinggi lemak dan karbohidrat dan makan dalam kuantiti yang kecil.

Jadikan ‘pembakaran’ lemak sebagai aktiviti rutin. Walau di mana anda berada di rumah atau pejabat, lakukan bila berkesempatan. Misalnya, gunakan tangga untuk ke kantin atau ke surau. Begitupun turun naik tangga lakukan dengan menggunakan kasut bertapak rendah bukan kasut bertumit tinggi.

Info

  • Dalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan tarikan fizikal, kekuatan dan kesuburan. Artifak lama dikenali sebagai “Venus figurines” iaitu statut bersaiz poket adalah model perempuan gemuk. Walaupun signifikan budaya ini tidak direkodkan tetapi ia dikatakan popular di zaman prasejarah di Mediterranean. Dalam budaya Eropah pula, perempuan gemuk dikaitkan dengan ritual magis dan kesuburan.
  • Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosial terutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kekurangan makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemuk dikaitkan sebagai simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan, selera dan erotik.
  • Dalam seni halus, perempuan gemuk juga mendapat tempat. Misalnya dalam karya pelukis era baroque, Peter Paul Rubens (1577-1640) sehingga timbulnya istilah 'Rubenesque'. Ia dilihat sebagai simbol prestij.

sumber : Berita Harian Online, 26Feb2008

Tuesday, February 19, 2008

Bintang by Air



Bintang di langit
Kerlip engkau di sana
Memberi cahayanya di setiap insan
Malam yang dingin
Kuharap engkau datang
Memberi kerinduan di sela mimpi - mimpinya

Melangkah sendiri di tengah gelap malam
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran
Tak terasa sang waktu
Melewati hidupnya
Tanda pagi menjelang
Mengganti malam

Chorus:
Oh bintang tetaplah… pastikan cahyanya
Sinari langkahku setiap saat
Bintang pun tersenyum… dengarkan pintaku
Berikan kecupan di sudut tidurnya

Friday, February 15, 2008

cerewet makan - adakah aku orang yang rugi?

minggu ni, minggu 'makan' aku ker ek? nape aku ckp mcm tu? sebab semalam aku telah post entry kt blog aku ni tentang nasi ambang. hari ni lak, aku terjumpa group "Persatuan Suka Makan Malaysia (PSMM)" kt dalam friendster kawan aku nomi. then aku click 'join' group tu. hehehe...

(to: nomi, ko pun suka makan gak ker nomi? tp, nape x nampak hasil pun! ko mcm tu gak... bile nk mcm aku? ahaks!)

nape tetiba aku berminat nk join group tu ek? ntah lah. just ikut kata hati aku hari ni. aku harap diorang leh terima aku join group tu...

(for them there... hai semua, harap korang leh terima aku join korang di sana...)

ade ker orang x suka makan ek? mesti semua suka, kan? susah sket nak percaya kalo ada orang yang x suka makan! tapi kalo orang yang cerewet dalam makan, aku percaya! (sebab aku macam tu... hehehe...)

ok apa aku cerewet. cerewet jer aku dh cute n comel mcm ni! kalo x cerewet? (korang imagine sendiri...). tapi aku ngaku aku mmg cerewet tang makan ni. coz byk makanan yang aku x makan tau! even makanan tu dikatakan lazat / berkhasiat /mahal pada tekak orang lain. x percaya? ok.. kalo korang nk tau antara makanan yang aku x makan ialah seafood (kecuali ikan). bukan aku elergik. tapi tekak aku mmg x leh terima makanan tu. x percaya? tgk pictures kt bawah ni...

lobster

pose sket dgn meal ni...

pictures kt atas ni adalah hidangan lunch kitaorang semasa lawatan kerja di Perth, Australia. lobster with fries and salad. ketahuilah korang bahawa sesungguhnya aku tidak makan lobster itu. wpun korang n semua yang lain mengatakan lobster tu makanan yang paling sedap dan mahal... adakah aku orang yang rugi? ntah la... aku x heran pun semahal mana lobster itu kerna aku tiada nafsu padanya... huhuhu... mungkin aku orang yang rugi kot... tapi, kawan2 yang sebelah2 aku ketika makan tu beruntung! sbb aku bg lobster tu kt diorang... untungkan sape yg makan duk sebelah dgn aku? so, for that lunch, aku hanya makan fries and salad tu jer...

cerewet kan aku ni? tu baru cerita pasal satu jenis makanan yang aku x makan. byk lagi makanan yang aku x makan... hehehe...

cth lain :-

# makanan dari kacang soya - tauhu (aku x makan), tempe (aku makan), air tauhu (aku minum), taufu fah (aku x makan), kicap (aku makan)...

# wpun ikan aku makan, fishball & fishkitt - aku x makan!

# daging kambing - aku x makan! (panas badan aku & wat aku pening)

# masakan x sedap - aku complain! (hehehe... wpun aku x pandai sgt masak)

cerita pasal makan... ni la aku yang cerewet! ahaks! adakah aku orang yang rugi..? ntah ler...

Persatuan Suka Makan Malaysia (PSMM) - click below...
http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=474077

Thursday, February 14, 2008

NASI AMBANG


















hehehe... nasi ambang (sebut dalam loghat jawa). one of my favourite meal. gambar di atas adalah gambar nasi ambang. aku snap pictures ni masa keluarga aku buat kenduri arwah makcik aku yg ke-100 hari di kampung.

nasi ambang adalah antara makanan orang jawa yang terkenal. glamour... popular... dan sebab dia best... hehehe.... nasi ambang ini dihidangkan dalam dulang yang mana 1 dulang dianggarkan untuk 4 orang makan. nasi yang dihidangkan bersama2 lauk ditengah2 yang beraneka jenis. antara lauk utama nasi ambang adalah sambal goreng, serunding, mee goreng, ikan kering, ayam kicap dan sambal belacan. pacri nenas spt gambar di atas adalah lauk tambahan. yang penting, nasi ambang lauknya tiada yang berkuah spt kari atau gulai lemak. asam pedas pun tak ok...

mungkin ramai yang biasa dengan makan dalam dulang / talam secara bersama2. biasanya selain di kenduri2, suasana tersebut boleh dilihat ketika majlis maulud nabi yang dibuat di surau2 atau mesjid2. tak pun masa makan yang dihidangkan lepas yasin setiap mlm jumaat di surau2 atau mesjid2. tapi, itu kita makan saja dalam dulang (makan habis). kuantiti makanan dalam dulang hanya utk 4 atau 5 orang yang mana tidak sama banyaknya spt nasi ambang dihidangkan (spt gambar di atas). kenapa kuantiti nasi ambang yang dihidangkan lebih banyak?


sebenarnya ada kelainan sedikit cara makan nasi ambang berbanding makan nasi minyak dalam talam. tapi bagi orang jawa, ianya adalah perkara biasa. malah ianya dikatakan satu adat jika makan nasi ambang ni. iaitu... mereka-mereka yang dihidangkan nasi ambang dalam satu dulang dalam sesuatu majlis, mereka akan menjamah nasi ambang tersebut bersama2. kemudian, lebihan nasi ambang yang dimakannya itu tadi akan dibungkus selepas dibahagi2kan sesama mereka untuk dibawa balik. ianya dianggap sebagai berkat (makanan yg ditapau) dri tuan rumah. beg plastik akan disediakan sekali bersama2 nasi ambang itu dihidangkan. jadi, dulang yang tinggal selepas majlis tidak akan berisi dengan lebihan makanan tersebut. mungkin ini dikatakan kesepakatan dalam kehidupan dalam komuniti bermasyarakat di kalangan mereka (orang jawa).

tapi mmg seronok apa kalo kita dapat makan nasi ambang ni. kalo dapat berkat yang berisi nasi ambang pun best...

(apa aku mengarut ni...)

yang penting, nasi ambang memang best.... hehehehe...

Tuesday, February 12, 2008

hanya padamu - nyanyian semula oleh edi



adakah ini bakat baru yg dicari2 oleh AF6? apa komen anda..?
AFUNDI edi.

yo yo ooo jer...

sorry bro... kita layaaann...

Wednesday, February 6, 2008

kini aku telah bangkit!

Dengan apa yang telah berlaku ini,
Mungkin aku akan rasa kecewa...
(itu tanda aku masih punya hati)

Tapi,
Aku tak akan biarkan kekecewaan ini
Terus bikin aku gila!

Bahagia untuk aku memang ada.
Pasti ada!
Mungkin bukan ada pada dia...

Jadi,
Aku akan terus buru kebahagiaan itu
Sampai aku ketemu!

Biarpun seribu tahun lagi
Biarpun sejauh mana likunya...
Tidak akan pernah aku putus asa lagi!

Bukan untuk orang lain
Tapi untuk aku sendiri
Hanya untukku...

Dan kini aku telah bangkit!

Ada Cinta ...

"...Ada cinta yang terang, Ada cinta yang samar, Ada cinta yang tidak nampak langsung..."
::Anak Halal::

Monday, February 4, 2008

komentar seorang teman - Apa Hati Dan Akal Kita?

di mana budi kita? hah!! bile ckp pasal budi, semua fikir budi dan balasan dari budi.
kata lain,bila ada orang tolong, itu lah budi. itu je ke?

jangan sekali kali asingkan hati dan akal. biarlah apa yang dirasa dan diungkap, akan dibenarkan akal dahulu. kalau setakat menguasai ilmu alam dan manusia, boleh ke kite ni jadi insan terbijaksana dan dihormati serta mendapat keberkatan dari maha Esa? kalau setakat hanya menguasai ilmu agama semata, tentu ke kite ni baik? kalau kite menguasai kedua dua ilmu dunia akhirat, adakah kite ni akan berjaya juge di dunia dan akhirat? beruntung sekali kepada yang menguasai ilmu dunia dan akhirat. tapi kalau mentaliti dan jiwa nya kosong, tetap tak berguna kedua dua ilmu tu.

sesuatu yang ganjil itu, adalah satu ciptaan. maka tanpa dikaji, patut ke kite ni nak terus benci dan geli dengan keganjilan tersebut? same je bagi orang yang pandai dan orang yang tinggi ilmu agamanya. tapi mudah dan cepat berprasangka buruk. nama je ilmu agama tinggi, tapi tetap tidak bijak. cepat benar menghukum insan lain bila ungkapan insan lain itu seperti ganjil tapi penuh dengan makna; dan yang menghukum itu tidak bijak dalam menilai ketinggian bahasa yang terkandung.

adakah suatu nasihat semangat untuk orang lain yang disampaikan dalam bait-bait agung bahasa; bait bait castra... diannggap ganjil? mentaliti yang tiada pujangga, bila baca atau dengar bingkisan bicara yang terkandung coretan bak castra, mulalah hanya berprasangka itu adalah madah madah asmaradana. kalau lelaki yang berbuat begitu, katanya gay!!
kalau perempuan yang berbuat begitu, katanya lesbian!! bodohnya prasangka tersebut. kalau ilmu sudah cukup di dada, cuba lah rungkaikan makna di sebalik bait-bait yang terkandung sebelum jangan mudah mentertawakan orang lain bila berlaku keganjilan dalam perhubungan.

walau nampak tidak seperti biasa, tetapi Allah yang maha mengetahui. tidak cukup sekadar ada ilmu agama, tetapi diri sendiri masih lagi buta hati; itulah kosongnya jiwa. jadi, kawan kawan, belajarlah dari kejujuran. renungi lah dalam diri. tidak seorang pun kita yang lengkap dari segala yang ada. perlu tahu manusia ini adalah makhluk yang berubah ubah. jangan lah alpa dengan setiap perubahan. ya kamu tinggi ilmu sains, ekonomi dan pakar segala pakar. tapi tiada sivik!!ya kamu tinggi ilmu dalam agama. tapi tiada sivik!! di mana budi bicara, di mana budi pekerti dan di mana budi bahasa? seorang yang beragama dan berilmu tidak akan mudah memberi pandangan peribadinya. tetapi perlu bijak dalam menyusunaturkan setiap apa yang disampaikan melalui pendekatan bijak. jadi selepas ini, jika kita berasa ada ilmu, tak kira la ilmu dunia atau agama, jangan taksub menghukum orang dan mentertawakan orang lain. jika ternampak keganjilan tersebut. Itu sebenar bukan lah suatu yang ganjil. tetapi ketaranya ternampak akan kebodohan kamu dalam berfikir dan berbahasa.

(tQ bro for this writing...)

Suara kehidupanku

Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

:: KATA PUJANGGA TENTANG SAHABAT ::

“Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian”

“Jika kamu tidak memahami sahabat kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.”

“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Karena seorang sahabat bisa lebih dekat dari pada saudara sendiri.”

“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.”

:: Air Mata ::

Air mata
Ianya bukan mahal nilainya
Tapi nilainya itu
tidak ternilai
meskipun semua orang memilikinya
tapi tak semua boleh memperolehinya

ketahuilah
andai seseorang menggugurkan
air matanya kerana kamu
janganlah sesekali kamu alpa
ini kerana
kamu itu lebih tinggi nilainya
dari air mata itu dalam
hidupnya

justeru itu
janganlah sesekali kamu
terlepas pandang akan
orang di sekeliling kamu

kerna
kamu akan jadi orang
yang paling bodoh
dan tidak tahu bersyukur
jika tidak tahu menilainya
dan menghargainya

percayalah
cubalah letakkan diri kamu
di tempatnya
pasti kamu
akan merasainya

p/s :

lelaki yang menahan gugur air mata
kerana egois kejantanannya
sebenarnya telah mencampakkan
maruah keperwiraannya
di tempat yang paling hina - unknown

:: Berubah ::

Begitu mudah, kan?
Bagai hanya dengan sekelip mata
Bagai tiada apa yang pernah terjadi
Bagai hari ini tiada pernah ada semalam
Bagai tiada janji yang perlu dikotakan
Bagai tiada kenangan hingga boleh dilupakan

Kenapa ya?
Tentu kamu ada akan jawabannya
Pasti kamu ada akan alasannya
Kerna ia adalah tentang kamu

Adakah ianya sikap kamu?
Atau itu egois kamu?

Aku terima semua ini
Ketahuilah
Walaupun aku terkadang rasa keliru
Kerna ini bukan pertama
Jadian kamu
Dan ini tanda aku kenal
Sama kamu
Terima kasih ya akan ruang ini

Cuma
Aku mau kamu tahu
Apapun kamu
Sejak kita mula temu dahulu
Ngak pernah ada rasa nyesal aku
Hingga kini berteman akan kamu

Kerna
Bila berteman itu
Bukankah
Kita perlu jadi diri kita sendiri
Dan sebagai teman
Kita perlu terima apa seadanya.

Aku yakin
Aku juga pasti
Jika begini kamu bisa berubah sebegini
Kenapa tidak esok
Kamu bisa berubah kembali seperti biasa

Bukankah panas dikesiangan
Juga bisa ada hujannya
Dan hujan yang turun
Pasti juga akan ada berhentinya
Benar, kan?

Doaku untukmu
takkan pernah putus
Teman
Walaupun ke mana keberadaan kamu
Kenangan kita bersama
Meskipun hanya sementara
Telah buat kamu senantiasa dekat
Di hatiku

Moga kamu tak pernah lupa
Punya kenalan seperti aku
Dan maafkan aku
Jika ada sesal kamu
Kerna temui aku dalam jalanmu
seorang insan yang tidak sempurna

04 feb 2008 – 01:08am
-> Sebelum mata terlena <-

:: Adillah ::

Muntahkan saja
Rasa kebencian itu
Andai itu yang kau rasakan

Kerna itu lebih mulia
Dari kau pendiam diam
Hakikat terlihat di riak wajahmu

Luahkan saja
Rasa muak itu
Andai itu yang kau loyakan

Kerna itu lebih jujur
Dari kau simpan sembunyi
Hakikat terpancar di rentak sikapmu

Tidakkah kau rasa penat?
Tidakkah kau rasa bosan?
Apakah itu sikap dan caramu?
Atau itu adalah egoismu?

Kenalilah
Aku yang mengenali dirimu
Ketahuilah
Aku yang mengetahui dirimu
Rasailah
Aku yang dapat merasakannya

Bicaralah, katakanlah, nyatakanlah
Adillah akan untuk dirimu
Adillah akan untuk diriku
Pasti aku akan akur
Kerna ini adalah yang terbaik untuk kita

04 feb 2008 – 01:08am
-> Sebelum mata terlena <-

ANAK HALAL


mungkin aku terlambat dalam memberi komentar tentang cerita ini. cerita ANAK HALAL. actually, aku baru saja berpeluang menonton cerita ANAK HALAL ini. tak sangka aku. dan tak menyesal aku menonton cerita ini... bagi aku, selepas cerita CINTA, cerita ini adalah satu cerita yang terbaik selepas CINTA.

ini kerna, dalam cerita ini juga telah menyampaikan satu mesej yang lebih meluas tentang erti "cinta" dalam kehidupan kita. kehidupan yang mana kadang kala ianya di luar apa yang hanya kita dapat lihat atau nampak. di mana di situ juga ada "cinta". mungkin, "cinta" seperti itu tiada pun pernah kita tahu kerana tidak nampak di pandangan kita. cerita ANAK HALAL ini juga melihatkan kita akan episod kehidupan yang serabutan jika tiada "cinta". apa sebenarnya erti "cinta" yang sebenar? bagi aku, "cinta" bukanlah seperti yang kita tahu saja. ianya akan jadi lebih luas pengertiannya jika kita dapat lihat di luar dari pandangan kita ini. dari pandangan dia dan dari pandangan mereka.

kalau sesiapa berpeluang, cari lah filem ANAK HALAL ini dan tonton. then cuba kita berfikir tentang kehidupan ini yang adanya "cinta". (ini hanya komentar dari pandangan seorang aku...)

"wujudkah 'cinta' antara kita seperti kuatnya 'cinta' antara mereka?"








MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here