Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Wednesday, January 2, 2008

Writing on 31 December 2007 - Part 1

Ahlan wa sahlan 2008!!! and Good Bye 2007!!!

Alhamdulillah... 2008 yang menjelmatiba dapat dihirup udaranya lagi akan nafas kita dengan degupan jantung yang sihat. ini semua adalah dengan izinNya. 2007 pula telah kita tinggalkan dengan pelbagai ceritera. suka duka dan pahit manis. mungkin juga 2007 telah banyak mengajar kita erti hidup untuk terus menghadapi 2008. apapun, 2007 telah pun menjadi kenangan yang tak mampu diulang kembali dan hanya mampu diingati. biarkanlah. bukankah kita perlu terus langkah ke hadapan untuk menggapai apa yang kita impikan?

tolehlah ke belakang hanya jika kita mahu pastikan yang kita tidak akan tersadong tersungkur lagi di hadapan dek penghalang yang sama. tolehlah ke belakang seketika hanya jika kita ingin mengimbau kenangan yang indah bersama sebagai tanda kita masih punya ada rindu pada yang disayang.

No comments:

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here