kadang-kadang, ada sampai satu masa itu kita rasa "letih" sangat. rasa "penat" yang muak. untuk berdepan dengan apa yg kita hadapi. hingga kadang-kadang membuat hati kita terdetik akan rasa putus asa. walaupun ianya bukan niat. tapi hati telah terdetik. detikkan yang luar dari kawalan perasaan kita. sampaikan kita tak tahu untuk apa yang hendak kita lakukan. tak tahu akan apa yang harus dan tidak patut kita lakukan. seperti kita tengah tersembam ke bumi dan tak punya daya untuk bangkit. fikiran kosong. terpaku kaku. hanya degup jantung yang bernafas. dan hanya air mata yang mengalir tanpa mampu kita halang.
dalam bangun hari yang kita lalui, kadang-kadang kita tidak "sedar". kita tidak sedar dengan apa yang kita lakukan. lakukan pada diri kita. yang mungkin juga pada orang di sekeliling hidup kita. adakah itu yang sepatutnya kita lakukan? patut atau tidak patut? adakah mungkin kita tahu? sebenarnya ada pada kita atau pada mereka? bingung andai kita terfikir. mungkin patut pada kita belum tentu patut bagi mereka. tapi, adakah kita perlu menerima andai ia patut bagi mereka sedangkan tak patut bagi diri kita? menipu diri sendiri? sampai bila? buntu bercelaru. ntah. tak tahu lah!
jadi, apa yang sedang kita lakukan ini? adakah apa yang sedang kita lakukan ini patut pada diri kita atau patut pada mereka? aku sendiri bingung. aku sendiri tak tahu dan tak punya jawapan yang pasti. apa yang aku tahu, aku kini sedang ikut Kata Hati. moga ianya juga patut bagi kamu.
andai aku perlu akur menerima diri kamu seadanya, adakah kamu juga akan sama menerima aku ini seadanya...?
:: antara sedar dan tidak, coretan ini hadir di sini.
Friday, December 28, 2007
Kata Hati
Posted by
ud@cit
at
12:13 PM
2
comments
Labels: writings
Wednesday, December 26, 2007
Coretan di Perjalanan - Perth, Australia (Part 2)
Aku tahu aku tak mungkin dapat memilikimu.
Tapi cukup kenangan lalu antara kita,
telah buat aku ADA kamu dalam hidupku.
From :
Perth, Australia
16/12/2007 (6.04pm)
Posted by
ud@cit
at
3:57 PM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, love, words
Coretan di Perjalanan - Perth, Australia (Part 1)
Hidup ini terlalu singkat.
Tak semua yang kita inginkan, kita boleh memilikinya.
Jadi, hargailah sahaja sekadar apa yang kita ada.
bukankah itu akan lebih memberi erti dalam hidup ini?
From :
Perth, Australia
16/12/2007 (5.55pm)
Posted by
ud@cit
at
3:46 PM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, love, words
Shoutout for today
"Ukhwah itu di hati, andai bersendirian, pasti ia menemani. Setiap yg manis mampu dikenangi, walau tiada di mata kini, ia hadir bila diingati, kerana selamanya ia kekal di dasar hati..."
sumber : mynoacido
(i'm take this words from him... tQ bro...)
Posted by
ud@cit
at
3:35 PM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, words
Wednesday, December 5, 2007
New icon in this blog - My Diary & Let's POT PET POT PET
korang semua,
semalam aku sempat letak icon dlm blog aku ni. hehehehe.... korang tgk la kt bahagian kiri blog aku ni. korang cari icon My Diary & Let's POT PET POT PET. ade 2 icon baru aku letak kt blog aku ni.
My Diary
aku letak My Diary ni adalah untuk kegunaan aku schedule kan life aku seharian and letak apa2 info penting yg perlu aku ingat. contoh: bila aku nk cuti rehat ker, hari kwin korang ke, besday korang ker... so, korang leh la check My Diary aku ni kalo nk tau schedule harian life aku. korang gak kalo nk aku ingat special day korang ke, bg tau la kt aku. nanti aku put it there... ok?
Let's POT PET POT PET
aku letak Let's POT PET POT PET ni plak adalah forum message untuk aku & korang untuk berborak ke berdiskusi ke tentang apa2 isu (ala2 bersidang la konon2), bergaduh ker kalo ade menda x puas hati, mengumpat atau bergossip tentang sesapa ke (dosa tanggung sama2 ok!) and untuk apa2 jer la... nak wish2 pun boleh. kalo korang ada apa2 nk "hangat"kan Let's POT PET POT PET aku tu, bg tau je la yer... aku harap gak, kt Let's POT PET POT PET tu aku & korang dapat kita berkumpul (gathering) versi online. maklum la, kita semua kan ade yg jauh2...
so korang jgn la ye segan2 "hangat"kan blog aku ni yer. kalo korang nk tolong promote2kan blog aku kt sesapa pun, aku x kesah... tQ ade lah aku bg kt korang. hehehehe....
jgn lupa... STAY CUTE LIKE ME... ("( 'o,' )")
Posted by
ud@cit
at
12:07 PM
2
comments
Labels: writings
Tuesday, December 4, 2007
Kawan tu bukan mcm ...
1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa meng hadi ahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. ( 'o,' )")
ehsan : KaK Ju.
Posted by
ud@cit
at
4:57 PM
0
comments
Labels: friendship, writings
Monday, December 3, 2007
Kitaro @ Arena Of Stars Genting
Posted by
ud@cit
at
10:50 AM
1 comments
Labels: photo frame, writings
MY VIDEO
Contact Me... For More Information
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here