Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Friday, September 28, 2007

Ikan kering Sayur bening

26 Sept. 07 (Rabu)

Dari kelmarin lagi aku dah mengidamkan nak makan ikan kering dan sayur bening. Tambahkan lagi dengan sambal belacan. Peeehhh...!!! Semua bahan-bahan untuk menyediakannya dah memang ada kat rumah tu. Cuma kena cari sayur jer untuk masak bening.




Balik kerja semalam, aku terus singgah kedai runcit cari sayur. Jem sket kat kaunter kedai tu bile ramai plak yang berbelanja. Aku sampai rumah agak lewat sket banding biasa. But, aku try the best. Ala, bukan take time pun nak sediakan makanan yang kuidam-idamkan tu. Just effected sket la jugak bila masuk waktu buka aku tak siap hidang lagi. Actually, aku dah siap masak pun. Tapi aku decided yang aku nak mandi juga dulu baru makan. Kuar je dr bathroom, azan maghrib pun berkumandang. So, untuk tidak memakruhkan buka puasa aku dengan melambatkan berbuka, aku pun batalkan puasa aku dengan makan sebiji kurma dulu and then pakai baju. Siap jer pakai baju, terus hidang-hidang dan duk makan. Nikmatnya rasa bila aku dapat menikmati makanan yang aku idam-idamkan tu. Alhamdulillah...

Apapun ini hanya intro untuk coretan aku ini. Aku bukan mahu mencoretkan tentang terlepasnya aku dari kempunan apabila dapat menikmati apa yang aku idamkan. Atau juga menceritakan resepi membuat masakan ini. Tapi aku mahu mencoretkan tentang ikan kering sayur bening dalam kehidupan. Kehidupan aku. Kehidupan kamu. Kehidupan kita.

Ikan kering dan sayur bening. Masakan yang sering diletakkan taraf bersama-sama orang susah. Orang miskin. Orang kampung. Orang yang tak berkemampuan untuk menikmati makanan yang lazat dan mewah. Malah ada yang memandangnya sinis untuk berada di rumah banglo mewah dan panthouse condo. Tak layak untuk semeja dengan ayam madu, daging blackpaper dan salad coeslow.

Mereka tidak tahu. Malah, mungkin mereka tidak mahu untuk ambil tahu. ”please... that’s not my taste...” Huh! Mereka tidak tahu sebenarnya nikmat yang Allah cipta yang ada di sebalik ikan kering dan sayur bening ni. Aku bukan mahu mengata mereka. Aku juga bukan mahu mengata kamu mungkin. Tapi ada yang di antara kita yang tidak sedar. Seperti yang telah aku nyatakan... ”Hidup ini bukan sekadar apa yang kita lihat...”

Bukan hanya nikmat makan kelazatan ikan kering dan sayur bening saja. Apa yang cuba aku maksudkan adalah nikmat yang dapat kita rasakan semasa sama-sama mengadap juadah ini. Iaitu... bahagia bersama yang tersayang melalui susah senang kehidupan. Berkongsi segala. Ukhwah semakin berpadu, ikatan semakin erat terjalin. Walaupun ia tak seberapa. Tapi terlalu besar hikmah yang diperoleh darinya. Kalau sikit, sama sikit. Kalau banyak, sama banyak.

Apa guna kalau kita punya mewah segalanya, mampu memiliki dan merasai lebih dari ikan kering dan sayur bening, tapi kita sendiri walau bersama, serabut walau teratur, tak punya apa walau memiliki. Meja besar. Lauk aneka. Tapi kau duduk di hujung sana, aku duduk di hujung sini. Huh! Apa makna semua ini?!

Hakikatnya ikan kering dan sayur bening lah yang lebih mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar. Kita masih mampu bersyukur walau hanya dengan ikan kering dan sayur bening kalau nak dibandingkan dengan mereka yang di luar sana langsung tiada apa. Walau kita merasakan susah kita yang di sini, tapi kita masih mampu menikmati senang mereka yang di sana.

Aku pernah diingatkan... orang yang susah bila menjadi senang, orang itu akan indah. Tapi orang yang senang bila menjadi susah, orang itu akan gundah. Gelabah. Belum tentu mampu tabah. Orang susah akan mudah memahami erti kesenangan. Akan tetapi, orang senang, belum tentu akan memahami apa lagi boleh menerima erti kesusahan. Cukuplah walau perit itu hanya sikit saja aku rasainya.

Sesungguhnya adalah nikmat Allah yang tak terhingga apabila kita dapat melempiaskan kempunan tekak dengan ikan kering dan sayur bening. Dan dengan adanya sambal belacan pula adalah satu bahagia yang tak ternilai dan sempurna bila kita dapat menikmatinya bak umpama bersama dengan insan yang tersayang berada di sisi.

Aku masih mampu tersenyum pada mu Rabbi. Walaupun aku pasrah bersendirian di sini menikmati juadah yang diidamkan itu, ikan kering dan sayur bening bersekali sambal belacan tanpa insan yang tersayang. Aku akur pada Mu. Meskipun tiada dia di sisi di sini, dirinya tak pernah jauh di hati.

”...
c/o
kini aku pasrah...
dengan segalanya...
...”
– Erra fazira.

Persoalan?

Siapakah insan tersayang yang aku maksudkan? Tiada siapa yang tahu. Melainkan diriku sendiri, Dia yang Maha Mengetahui dan insan tersayang itu sendiri yang tahu. Kerana... insan tersebut pasti tahu bahwa aku menyayanginya dan hanya kepada Yang Maha Penyayang aku sering luahkan tentang sayangku pada insan tersebut yang tak pernah luput. Mungkinkah insan tersebut itu dia? Mereka? Atau kamu sendiri? Jawapan itu ada.

No comments:

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here