Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Wednesday, October 10, 2007

Warkah Luka di Aidifitri - dari sahabat untuk sahabat

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku ingkar dengan janjiku pada kau untuk menulis sesuatu buat tatapan kau. Bukan niat aku untuk semua ini. Aku sendiri tidak – pasti samada apa yang aku lakukan ini betul atau tidak. Namun, sekadar meluah apa yang terpendam di hati ini. Maafkan aku...

Memang pelik dan menyangsikan andai coretan sebegini kau terima dari orang bergelar aku. bukan di mata orang sahaja, tapi aku tahu ianya juga difikiran kau. Namun, salahkah andainya datang dari seorang sahabat yang pernah kau kenali? Kerana hanya ruang ini sahaja yang aku ada untuk memberitahu segala dan inilah AKU. Untuk terakhir kalinya, aku harap kau sudi mengakhirkan tatapan coretan ini.

Terlebih dahulu aku mohon maaf kerana tak dapat aku kirimkan sesuatu pada kau untuk hari jadi kau yang lalu sekalipun aku telah dapatkan alamat dari kau. Ada sesuatu yang aku terima sehari selepas hari jadi kau yang membuat aku terhalang niatku untuk meneruskan hajat itu. Aku bimbang, hajat aku itu akan terus jadi bahan untuk mengeruhkan lagi keadaan dan mungkin akan terus dipandang serong. Malah hingga kini “sesuatu” itu masih menghantui harianku dan mengelirukan setiap kali aku teringatkan kau.

Mungkin pada orang lain dan pada kau, persahabatan yang terjalin di setiap pertemuan bagai pelayaran yang singgah di pelabuhan. Bila sampai waktu, ia akan berlalu dan pelabuhan ditinggal dengan anggapan pelabuhan itu kan menanti pelayaran lain. Tapi bukan aku. hakikat memang benar. Seseorang yang telah ada segala-galanya dan mudah memiliki apa yang dihajati takkan boleh mengerti akan orang yang serba kekurangan (jika dia enggan untuk mengerti).

Pertemuan antara kita – kau, aku dan kawan-kawan yang lain, satu jalinan yang tak mungkin aku mampu lupakan. Antara kita menjadi akrab. Saling mengenali. Tapi aku salah. Kita hanya mengenali kau tak memahami kerana kau tak pernah mahu mengetahuinya.

Rupa-rupanya dalam aku khayal akan keakraban kita, aku ketelanjuran sebenarnya. Menyayangimu sebagai seorang sahabat dan saudara adalah satu dosa pada kau. Hanya sekadar menyatakan dengan ikhlas akan takut kehilangan kau, persahabatan kita terlerai bila niatku kau pandang serong. Lalu ianya menjadi hukuman atas kesalahan ini yang terpakasa aku terima.

Pada mulanya aku tak peduli dengan apa kata orang. Kerna aku tahu kawan-kawan aku (dan juga kau) telah mengenali aku. Tapi aku silap. Bila kau sendiri hakikatnya tak mengenali aku. Aku kecewa. Aku benar-benar kecewa sebagai seorang sahabat. Apatah lagi, ia keluar dari mulut orang lain yang datangnya dari hati kau. Seikhlas aku kepada kau atas nama Allah tak kau mengerti walaupun kau telah mengenali aku dan kita pernah akrab. Baru aku tahu, rupa-rupanya keakraban yang cuba aku jalinkan tak selesa penerimaan kau.

Aku tak pasti apa yang cuba nak aku sampaikan pada kau akan coretan ini. Tapi, inilah yang terkusut di dalam hati aku akan persahabatan kita. Aku kecewa dan sering bertanya, kenapa ia harus keluar dari mulut orang lain dan bukan dari mulut kau sendiri. Aku rasakan kau sudah cukup matang untuk semua ini. Semua ini telah jadi hukuman pada aku untuk selama mana aku tak boleh melupakan persahabatan kita. Selagi kau tak bersuara untuk menyatakan apa yang sebenar dan bertanya kepada aku apa yang berlaku, hukuman ini akan terus aku terima.

Lupakan sahaja semua ini andai ia tak penting untuk kau dan kehidupan kau. Kau akan terus bahagia, dan aku akan terus begini menanti jawapan.

Di kesempatan ini, sempena aidilfitri yang mulia, aku hulurkan tanganku memohon seribu kemaafan atas semua kesilapan yang lalu dan “ketelanjuran” semua ini. Ketahuilah coretan ini kubuat sebagai tanda tiada akan adanya dendam walau sekelumit di hati ini akan aku pada kau. Mana mungkin wujudnya pada orang yang telah kusayang. Sebagai sahabat dan saudara. Hanya penjelasan darimu yang kupohon dan nantikan.

Akhir kata, semoga kau menyambut lebaran kali ini dengan lebih ceria dan gembira di samping keluarga dan insan yang tercinta. Aku doakan semoga kau dan dia berbahagia bersama berdua hingga ke jinjang pelamin dan berbahagia selamanya. Dan percayalah, aku bukan penghalang perhubungan kamu berdua seperti yang disangkakan.

Salam Aidilfitri 1427H. Maaf Zahir dan Batin...

sahabatmu...
ilham haikal

No comments:

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here