Aku memberi salam

:: Aku memberi salam ::
:: Untuk dua orang taulan :: Seorang dari keturunan adam :: Seorang dari keturunan hawa ::

:: salam kepada keturunan adam ::
:: cita-cita adalah kemenangan :: harapan mendaki gunung :: pada tanam sejuta bunga ::
:: ingin dipetik kuntuman seri ::

:: salam kepada keturunan hawa ::
:: mimpi menjadi teman permaianan :: menutupi mendung :: perasaan dihambat usia ::
:: meratapi kepahitan sepi ::

:: aku memberi salam ::
:: untuk dua orang taulan :: seorang diciptakan qada’ :: seorang diciptakan qadar ::
:: kedua-duanya insan istimewa ::

:: aku memberi salam ::
:: akulah sahabat mereka :: yang mengerti erti perasaan :: erti penghargaan ::

- unknown -

Monday, October 8, 2007

Layangan Kad Pengganti Diri - Salam Lebaran 2007

satu budaya yang perlu dikekal sampai bila2 hingga ke generasi akan datang biarpun dunia melayu menjangkau lebih dari tahun 2020. iaitu "mengirim kad raya" sempena menyambut hari lebaran, sebagai pengganti diri - mengutus khabar, memohon maaf. agar jauh terasa dekat. agar dekat semakin erat.

bukan nak mengata sesiapa atau membangga apa yang ada. sekadar ingin mencoret apa yang terfikir di benak akal. "mengirimkan kad raya" - budaya yang aku belajar sejak aku kenal erti kemeriahan menyambut aidilfitri yang sebenar. satu-satunya penghubung silaturrahim menjelang syawal agar kemaafan yang dipohon terampun dalam menyambut kemeriahan aidilfitri. bukti ukhwah yang terjalin sejak sekian lama masih utuh dan segar diingatan.
tapi kini kemeriahannya kelihatan semakin pudar. apabila hari-hari yang semakin "canggih" kini tersedia pelbagai altenatif lain untuk mengirim berita menghulur salam. ia dikatakan lebih mudah, ringkas dan cepat. ia tidak salah. ia adalah sesuatu yang baik. ia juga menunjukkan satu peningkatan dalam ketamaduanan hidup kita. maksud yang ingin di sampaikan juga akan diterima oleh pengirim. tapi, ianya seperti tiada "roh". atau dalam erti kata lain oleh orang zaman sekarang, ianya "tiada feel...". agak lawak penyataan ini. tapi cuba kita fikir2kan...

bagi aku, ini semua adalah baik buat kita. kerana ia adalah PEMUDAH. tapi bukan bererti kita boleh mengambil mudah seterusnya memberi ruang dalam diri kita perasaan malas yang menguasai kemudahan ini sebagai tirai untuk berselindung. bukan kita menggunakan kemudahan ini untuk memudahkan kita dan membolehkan lebih ramai lagi kita berkhabar, tapi adalah kerana malas hingga mengatakan budaya yang telah ada "melecehkan". maka secara naturalnya tanpa kita sedar, "roh" yang suci murni itu tiada. yang ada hanyalah bait kata2 yang kosong. kerana tiada lagi "keikhlasan" padanya...



ikhlas dariku... istimewa untukmu...


alhamdulillah... tahun ini aku masih berkesempatan untuk seperti tahun2 sebelum ini. berpeluang juga untuk aku menyedia dan melayangkan kad raya sebagai pengganti diri untuk menyampaikan salam dan memohon kemaafan buat beberapa taulan dan rakan. cuma aku agak terlewat mengepos sahaja (baru saja pos semalam). maaflah kiranya ia terlambat tiba ke pangkuan kalian. yang kuharap ia akan tetap kalian terima. sudilah kiranya kalian terima kehadiran layangan yang tak seberapa itu. tiada balasan yang kuharapkan dari kalian selain kemaafan yang dipinta dan kuharapkan persaudaraan kita akan semakin erat dan berkekalan di bawah limpah kurniaNya. ku juga berharap, andai kita punya waktu dan berkesempatan, dapatlah kiranya kita bersua di hari yang mulia nanti agar terubat rindu di hati.

buat rakan lain yang tidak dapat kukirimkan kad untuk kalian, sejuta maaf kupinta dari kalian. bukan niat untukku melupakanmu. kalian tetap dalam ingatanku bukan sahaja di hari lebaran, tapi di setiap hari nafasku bagiku kalian tetap sahabatku. hanya keadaan tidak begitu mengizinkan yang membataskan dayaku berbuat demikian.

istimewa buat kalian, di sini, di kesempatan ini... ikhlasku untuk kalian aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelma bersama keluarga dan insan tercinta dengan penuh keceriaan. sepuluh jari kususun dan kupohon sejuta kemaafan kepadamu atas kesalahan yang ketelanjuran dariku dari hujung rambut hingga hujung kaki. zahir dan batin. terima kasih atas persahabatan yang terjalin antara kita. halalkan segalanya. juga berharap kita mempunyai kelapangaan untuk bersua berjabat mesra di hari mulia nanti. pintu rumahku sentiasa terbuka menanti kehadiran kalian.

akhir kalam.... Salam Aidilfitri ikhlas dariku istimewa untukmu....

"taking care, smile always & stay CUTE like me... ( 'o,' )") ahaks!

No comments:

MY VIDEO

Contact Me... For More Information

Mobile : +6 012 - 7642015
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here