Tahun ni, family aku beraya dengan serba Hijau. hehehe... tp, rasanya bukan family aku jer... biler kita kuar g beraya, ramai sebenarnya yg menggunakan tema hijau untuk hari raya tahun ni. hahaha... malah wedding kawan aku yg aku attend pada hari raya ke-4 jugak mengenakan tema hijau... "selamat hari raya... maaf zahir dan batin..." dari aku & family aku...
p/s: ok x langsir umah aku tahun ni...? langsir baru tu... hasil jahitan mak aku, gabungan idea color aku & aishah & ditatahias ilham aku sendiri... rama-rama...
Thursday, October 9, 2008
HiJaU @ rAyA 2008
Posted by
ud@cit
at
8:37 AM
1 comments
Labels: photo frame
Tuesday, October 7, 2008
~ SALAM LEBARAN 1429H ~
mcm terlambat jer aku post menda ni... hehehe.... x per... kan blog aku... suka hati aku la... hahahaha..... ala.... raya kan sebulan.... ahaks! buat semua geng2 blogger aku, selamat hari raya... sorry for everything... wat pembace setia blog aku (ade ker...??? ahaks!) happy hari raya too... thnks... sbb rajin jengok blog aku ni... sorry la kalo aku lama x update blog aku ni...
p/s : kalo ada wat open house... jemput la aku yer... sure meriah...
Posted by
ud@cit
at
12:28 PM
0
comments
Labels: photo frame
Thursday, August 14, 2008
~ CINTA NAN INDAH ~
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"
"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"
~ copied from... aMiN aR rAsHiD ~
Posted by
ud@cit
at
2:25 PM
0
comments
Wednesday, July 9, 2008
~ Sepi ~
Sepi hati terjadi lagi Mungkin sampai mati aku sepi Biar senyum hadir di hariku namun ini hanya ada di bibir di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti walaupun yang lain mau mengerti Namun berat beban hidupku biarkan saja Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau Butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat Sepanjang ku bisa atasi semua aku tetap diam
Woo.. sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat Sepanjang ku bisa atasi semua aku tetap diam
Posted by
ud@cit
at
12:43 PM
0
comments
Labels: karaoke, love, Malay Hits, songs, video clip
Sahabat by Aizat
Sahabat… ingat lah kau slalu Jadi yang terbaik Walau kau tak di sini lagi
Sahabat… aku rindu padamu Datang walau sesaat Ku ingin kan kau hadir
Chorus: Aku di sini dan menunggu Diam tanpa dirimu Kau tahu ku tak bisa Beranjak terbang dan melayang tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
Posted by
ud@cit
at
11:43 AM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, karaoke, love, Malay Hits, songs, video clip
Thursday, June 5, 2008
Tuesday, May 6, 2008
Monday, May 5, 2008
Hidup bukanlah...
"Hidup bukanlah satu perlumbaan. Ia adalah satu perjalanan. Jadi, nikmatilah setiap detik yang kita lalui dalam hidup ini..."
Posted by
ud@cit
at
12:34 PM
0
comments
Tuesday, April 29, 2008
WARKAH BERLAGU PILU
PERSAHABATAN ADALAH ANUGERAH
MEMBUAT KITA TERTAWA
MENANGIS , MENERIMA, MEMBERI,
DAN YG PALING PENTING,
IA MEMBUAT KITA MENGHARGAI HIDUP
JADILAH SPT EMBUN YG TUNDUK MENITISKAN
KASIH SAYANG
SETIA MENYIRAMI KALBU KEGERSANGAN
DGN MUTIARA KESABARAN DAN KACA KEBENARAN
LIFE CAN GIVE U A HUNDRED REASONS TO CRY
BUT YOU CAN GIVE LIFE A HUNDRED REASONS
TO SMILE
TEMAN SEJATI MAY BE BUKAN YG SELALU
DEKAT DI MATA
DEKAT BICARANYA, TTP DIA YANG SETIA DI HATI
DAN DIINGATI DLM STIAP BISIKAN DOANYA..
SOLEHAH WOMEN SMILE IN TIMES OF TROUBLE
GATHER STRENGH FROM DOA
AND GROW BRAVER BY ISTIGHFAR AND SOLAT
TAHAJUD MENYERIKAN WAJAH
BERSYUKUR MEMBAJAI BARAKAH
BERMUHASABAH MENCETUS HIKMAH
BERTAWAKKAL MEMBUAHKAN PASRAH
BERSAUDARA MENYEMAI MAHABBAH
BERJIHAD MEMBANGUNKAN UMMAH
KITA INGINKAN MENTARI
ALLAH TURUNKAN HUJAN DAN RIBUT
KITA BERSEDIH MENTARI TIADA LAGI
RUPANYA ALLAH INGIN HADIAHKAN KITA PELANGI
SEMOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BERSYUKUR
created by AMiN aR rAsHiD
Posted by
ud@cit
at
10:02 AM
0
comments
Labels: friendship, love, poems
Thursday, April 17, 2008
Our Friend Next Wedding - Norfarihah (01Jun2008)
to : geng2 SKBenut ; geng2 Dato'
cc : sesiapa yang mengenali
subject :Our friend next wedding ~ NorfarihahAman : 1 jun 2008 (ahad)
hai geng2 semua,
ingat x kt kwn kita norfarihah binti aman? nama panggilan dia ~ nor / deknor / noey. kalo korang terlupa atau x cam dia, korang leh tgk list fster aku yg guna nick "noey". tu la dia norfarihah aman. kalo geng2 benut mesti ingat dia. dia kan anak cikgu lijah. hehehe...
nor ni ada acc fster. tp, wat masa ni dia x leh nk online kt fster. sbb tempat kija dia blocked fster ni. takut semua cikgu2 layan fster dgn anak murid gamaknya. silap2 pengetua join sekali. hahahaha...
so.... atas tujuan ni, dia wakilkan aku la utk wat annoucement & pejemput (tul ker kata nama aku guna ni?) sempena wedding dia ni. utk makluman korang, nor telah pun bertemu dgn soulmate dia dan akan menamatkan zaman bujang dia. majlis persandingan dia akan berlangsung di rumahnya di benut pada 1 jun 2008(ahad) yang akan datang.
sehubungan itu, aku bg pihak pengantin perempuan (nor ler sape lagi) dan keluarga dia, ingin menjemput korang semua datang ke majlis walimatulurusnya bg merai dan memeriahkan lagi majlisnya. alamat umah dia... lorong aman 7, taman sri mahkota, jalan jaafar, 82200 benut, pontian, johor. (no. umah aku x ingat la. dont worryla. on that date, kt lorong umah dia tu, mesti umah dia jer yg wat majlis. hehehe... kalo korang x tau lokasi, taman sri mahkota tu terletak kt belakang sekolah kebangsaan benut.)
nor juga kem salam maaf kt korang sbb x dapat nk send kad jemputan kt korang2 yang dia x dapat hubungi utk minta alamat korang utk send kad jemputan. so, harap2 korang semua dapat attend la wedding dia nanti. leh kita jumpa sekali ramai2. apa lagi, kita jdkan la umah dia port utk kita gathering @ reunion. hahaha...
Posted by
ud@cit
at
11:07 AM
2
comments
Labels: friendship
Tuesday, April 15, 2008
Monday, April 7, 2008
jangan pernah kita lupa
~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~ ~~~~~
damai itu ada pada lautan...
lautan yang terbentang luas...
tapi jangan pernah kita lupa...
padanya juga ada gelora...
yang sukar kita duga...
kerna itu...
luas mana mata yang memandang...
belum tentu...
fokus kanta bisa tercapai segala...
benar kan...?
kehidupan bukan sekadar apa yang kita lihat...?
april,07 2008 - 10.32am
~ ilham dari webpage seorang teman...
~~~~~ ~~~~~ ~~~~~ ~~~~~
Posted by
ud@cit
at
10:34 AM
1 comments
Labels: poems
Friday, April 4, 2008
Tuesday, April 1, 2008
will never walk alone
Posted by
ud@cit
at
11:07 AM
0
comments
Labels: hindi power, photo frame, words
Saturday, March 29, 2008
Thursday, March 27, 2008
:: SYMBOL OF FRIENDSHIP ::
Posted by
ud@cit
at
9:53 AM
0
comments
Labels: friendship, love, photo frame
A BIG BROTHER & A LITTLE BROTHER
Posted by
ud@cit
at
9:40 AM
0
comments
Labels: brotherhood, love, poems
~KemasKini Blog~
hari ni aku rasa aku perlu kemaskini sket blog aku ni. tapi takat mana yang aku tau jer la. aku ni bukan terror and kreatif sgt... harap, blog ni akan nampak lebih tersusun...
selain itu, aku akan cuba adekan sebanyak connection yang mungkin kt blog ni. so, bila kita berada kt blog ni, mana2 jer kita leh terus access dgn 1 click saja...
aku harap sesiapa yg ade jengok blog ni, kalo ade apa2 komen or cadangan, sound2 la kt aku yer...
~ ini lah dunia aku...
Posted by
ud@cit
at
9:30 AM
2
comments
Labels: writings
Tuesday, March 25, 2008
Dua Dunia Berbeza
Kau selalu di hati
Kau selalu di hati
Posted by
ud@cit
at
5:40 PM
0
comments
Labels: photo frame, songs
Thursday, March 20, 2008
Friday, March 14, 2008
Tuesday, March 11, 2008
~ Sedarkah Kita...?
Posted by
ud@cit
at
12:46 PM
0
comments
Monday, March 10, 2008
Friday, March 7, 2008
~ T'lah Ada Kamu ~
"tidak kira kenangan itu pahit atau manis, ianya telah pun jadi sebahagian dari hidup kita". - mungkin kamu tidak aku miliki, tapi aku telah ada kamu. kerna kamu telah hadir dalam kenanganku... ketahuilah...
Posted by
ud@cit
at
9:23 AM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, love, words
JALAN-JALAN CARI MAKAN MUSIM BARU 2008 ~ Ahaks!
Posted by
ud@cit
at
9:04 AM
0
comments
Labels: photo frame
Wednesday, March 5, 2008
pilih... pilihan... memilih... dipilih dan terpilih...
pilih...
memberi kita ruang...
memberi kita peluang...
untuk membuat pilihan...
pilihan...
lebih dari satu ruang yang kita ada...
lebih dari satu peluang yang kita ada...
samada kita yang punya pilihan itu...
atau kita yang berada dalam pilihan itu...
pilihan pertama atau pilihan terakhir...
kadang kala kita tidak akan punya pilihan...
dalam pilihan itu...
memilih siapa kita...
memilih apa kita...
memilih...
kenapa kita memilih dia...
kenapa kita memilih itu...
kenapa tidak memilih aku...
kenapa tidak memilih ini...
perasaan apakah kamu semasa memilih...
pernahkah kamu terfikir...
perasaan bila tertanya...
adakah kita tidak atau dipilih dan terpilih...
terpilih...
bertuah bukan jika kita terpilih...
gembira tidak terperi...
malang bukan jika kita tidak terpilih...
kecewa luka sendiri...
p/s :
- "pilihan terakhir" mengatakan beruntung menjadi "pilihan pertama". "tidak terpilih" pula mengatakan "pilihan terakhir" masih bertuah kerana masih dalam "pilihan"...
- jangan sesekali kita leka bila punya "pilihan" dan boleh "memilih". kerana mungkin juga kita akan berdepan dengan "terpilih" atau "tidak dipilih".
- ini bukan tentang pilihanraya...
Posted by
ud@cit
at
7:22 PM
1 comments
Labels: poems
Friday, February 29, 2008
Tuesday, February 26, 2008
lagu-lagu best dalam Ada Apa Dengan Cinta
:: BIMBANG ::
:: HANYA ::
:: DENTING ::
:: SUARA HATI SEORANG KEKASIH ::
:: TENTANG SESEORANG ::
Posted by
ud@cit
at
10:49 AM
0
comments
Labels: songs, video clip
Gemuk dan Gendut
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp.com.my
GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala gendut senario biasa pada lelaki. Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin, perempuan mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut.
Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah disertai dengan kajian saintifik.
Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu ia juga berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu.
Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan proses urbanisasi dan globalisasi. Ramai orang tidak bergiat aktif, tidak bersenam dan mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemik yang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa di seluruh dunia terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk. Ironinya, negara seperti India yang dicatatkan sebagai negara yang memiliki kes kekurangan nutrisi yang tinggi juga menghadapi masalah ini.
Lahirkan anak ramai bukan punca gemuk
DI BARAT, gemuk dan terlebih berat badan memang perkara biasa. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pola peningkatannya lebih cepat berbanding negara membangun.
Bagaimanapun WHO memberi jawapan yang sama kepada punca masalah ini iaitu pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak tepu dan kurang khasiat digabung dengan sikap malas bersenam.
Justeru, kepercayaan wanita mudah menjadi gemuk selepas kahwin adalah mitos belaka.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata logiknya selagi menjaga pemakanan dan rajin bersenam, jumlah kekerapan melahirkan anak bukanlah soalnya kerana ada juga perempuan yang tidak berkahwin juga gemuk.
“Sebenarnya apabila umur meningkat iaitu bermula usia 40 tahun, fisiologi otot mengecil atau mengecut secara perlahan-lahan dan ia boleh diisi dengan lemak. Keadaan ini bukan terhad pada wanita saja tetapi juga lelaki,” katanya.
Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adipose tissue) semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI justeru berat badan.
Penggunaan tenaga tubuh sebenarnya sepadan dengan berat badan. Peningkatan tenaga yang tidak seimbang menyebabkan pertambahan berat badan.
Saya sentiasa sibuk di pejabat dan rumah, mengapa saya masih gemuk? Ini mungkin soalan biasa di kalangan wanita. Jawabnya mudah, kata Dr Noor Azah, secara relatifnya lelaki lebih aktif justeru mereka lebih berupaya mengawal berat badan berbanding wanita.
“Memang wanita juga aktif. Bagaimanapun keaktifan itu tidak termasuk bersenam. Selalunya wanita ‘aktif’ dengan urusan pejabat dan sibuk dengan rumah tangga tetapi secara realiti wanita tidak banyak bergerak,” katanya.
Maksudnya, dalam melakukan kerja pejabat dan kerja rumah kekuatan tangan yang lebih diperlukan. Pergerakan tangan digunakan untuk menaip dan memasak atau melipat pakaian. Pergerakan tangan tidak termasuk dalam kategori penggunaan otot besar. Penggunaan jari atau otot kecil bermaksud kurang mengeluarkan tenaga.
Berbanding otot besar seperti bahu, paha dan pinggul, setiap pergerakan otot besar lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Kerana itu setiap kali melakukan aktiviti fizikal ia mesti lebih dari jangka masa itu.
Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejuk mengambil masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan.
“Ada wanita mengambil jalan pintas untuk kurus. Mengambil pil pelansing dan mengamalkan diet tidak sihat. Apa yang perlu mereka tahu, pil pelansing ada pelbagai cara tindakannya. Ada berfungsi mengurangkan penyerapan makanan dan ada mengurangkan selera makan.
“Cara betul kurangkan berat badan adalah amalan bersenam dan makan makanan sihat. Jangan makan pil kurus kerana sebaik saja berhenti mengambilnya, berat badan akan naik dua kali ganda daripada asal. Malah ada kes ia juga boleh menjejaskan buah pinggang kerana ia sudah tidak boleh lagi berfungsi sebagai penapis,” katanya.
Dr Noor Azah berkata, ubat menguruskan badan tidak banyak membantu dan ia bergantung pada fungsinya. Paling utama pengguna perlu pastikan ia diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Gemuk sepatutnya tidak boleh menjadi trend. Obesiti adalah penyakit. Walau apapun kepercayaan, sama ada normal untuk wanita gemuk selepas kahwin atau biasalah kalau lelaki gendut selepas berkahwin ia harus dihapuskan sama sekali,”
Antara komplikasi gemuk adalah barah. Memang penyakit barah itu sebenarnya disebabkan banyak faktor, tetapi kalau banyak lemak risiko barah lebih tinggi. Justeru, mereka yang obes lebih cenderung diserang barah.
Genetik memang memainkan peranan tetapi ia tidak sehebat penangan tabiat pemakanan tidak betul dan sikap malas bersenam. Genetik hanya memberi sumbangan yang kecil saja dalam epidemik gemuk.
“Jika seseorang itu gemuk sejak kecil, sel lemaknya lebih besar dan banyak. Walaupun apabila dewasa, kegemukannya tidak bertambah, bilangan sel lemak tidak berkurang. Maksudnya, dia susah untuk menjadi kurus berbanding mereka yang gemuk selepas dewasa,” katanya.
Antara wanita dan lelaki malah antara satu individu dengan individu lain, tidak ada satu kadar pembakaran lemak (BMR) sama. Ada individu yang makan kerap tetapi tidak gemuk. Mereka ini tergolong dalam kelompok BMR tinggi.
Merujuk pada kajian pemakanan di kalangan dewasa Malaysia (MANS) pada 2003 mendapati prevelan obesiti dan terlebih berat lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki.
Perbandingan antara kaum pada 1995 pula mendapati prevelan obesiti lebih tinggi di kalangan orang Melayu diikuti India dan Cina manakala kajian MANS menunjukkan obesiti tertinggi adalah di kalangan masyarakat India.
Kajian MANS juga mendapati pengambilan tenaga penduduk Malaysia adalah 70 peratus daripada pengambilan makanan yang dicadangkan. Cadangan pengambilan tenaga penduduk Malaysia dewasa adalah antara 1,200 hingga 1,800 kalori (kcal) sehari tetapi ia berbeza mengikut umur dan jantina.
Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia (85.5 peratus) mengamalkan gaya hidup sedentari (lebih banyak duduk) manakala hanya 14.4 saja bersenam.
Kata Dr Noor Azah, secara umum bagi wanita tisu lemak berlebihan tersimpan di pinggul, kaki dan paha manakala bagi lelaki lebihan itu lebih banyak berkumpul di perut.
Secara umum, senaman untuk menguatkan jantung adalah berlari 30 minit tetapi jika ingin menguruskan badan, cukup dengan berjalan-jalan santai tanpa berhenti bagi tempoh satu jam.
Lelaki mudah gendut bila usia meningkat
APA punca gemuk dan gendut? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata puncanya adalah ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga.
Ini ditambah dengan tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan makanan berlemak dan tinggi kalori.
“Kombinasi pengambilan nutrisi berlebihan ditambah pula dengan gaya hidup lebih banyak duduk adalah punca utama obesiti epidemik,” katanya.
Selain malas bersenam, perubahan persekitaran fizikal (obesogenic environment) juga mempengaruhi keadaan ini.
Antara lelaki dan perempuan, lelaki cenderung untuk menjadi gendut apabila usia semakin meningkat. Lelaki seperti juga perempuan ‘bergelut’ dengan isu pertambahan berat badan atau gemuk sepanjang usia. Begitupun, ada yang tidak menyedari pertambahan dalam ukur lilit perut mereka.
Gemuk atau gendut sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan diet yang betul dan senaman. Senaman untuk setiap individu, tua dan muda tidak sama. Apabila usia meningkat misalnya, selain mengubah menu makanan anda juga perlu tahu senaman sesuai untuk terus kekal langsing atau menurunkan berat badan.
Secara umum, untuk menurunkan berat badan anda perlu ‘membakar’ sebanyak mana kalori yang anda ambil. Maksudnya elak makanan tinggi lemak dan karbohidrat dan makan dalam kuantiti yang kecil.
Jadikan ‘pembakaran’ lemak sebagai aktiviti rutin. Walau di mana anda berada di rumah atau pejabat, lakukan bila berkesempatan. Misalnya, gunakan tangga untuk ke kantin atau ke surau. Begitupun turun naik tangga lakukan dengan menggunakan kasut bertapak rendah bukan kasut bertumit tinggi.
Info
- Dalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan tarikan fizikal, kekuatan dan kesuburan. Artifak lama dikenali sebagai “Venus figurines” iaitu statut bersaiz poket adalah model perempuan gemuk. Walaupun signifikan budaya ini tidak direkodkan tetapi ia dikatakan popular di zaman prasejarah di Mediterranean. Dalam budaya Eropah pula, perempuan gemuk dikaitkan dengan ritual magis dan kesuburan.
- Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosial terutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kekurangan makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemuk dikaitkan sebagai simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan, selera dan erotik.
- Dalam seni halus, perempuan gemuk juga mendapat tempat. Misalnya dalam karya pelukis era baroque, Peter Paul Rubens (1577-1640) sehingga timbulnya istilah 'Rubenesque'. Ia dilihat sebagai simbol prestij.
sumber : Berita Harian Online, 26Feb2008
Posted by
ud@cit
at
9:03 AM
1 comments
Labels: Artikel
Tuesday, February 19, 2008
Bintang by Air
Bintang di langit
Kerlip engkau di sana
Memberi cahayanya di setiap insan
Malam yang dingin
Kuharap engkau datang
Memberi kerinduan di sela mimpi - mimpinya
Melangkah sendiri di tengah gelap malam
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran
Tak terasa sang waktu
Melewati hidupnya
Tanda pagi menjelang
Mengganti malam
Chorus:
Oh bintang tetaplah… pastikan cahyanya
Sinari langkahku setiap saat
Bintang pun tersenyum… dengarkan pintaku
Berikan kecupan di sudut tidurnya
Posted by
ud@cit
at
11:42 AM
0
comments
Labels: karaoke, songs, video clip
Friday, February 15, 2008
cerewet makan - adakah aku orang yang rugi?
(to: nomi, ko pun suka makan gak ker nomi? tp, nape x nampak hasil pun! ko mcm tu gak... bile nk mcm aku? ahaks!)
nape tetiba aku berminat nk join group tu ek? ntah lah. just ikut kata hati aku hari ni. aku harap diorang leh terima aku join group tu...
(for them there... hai semua, harap korang leh terima aku join korang di sana...)
ade ker orang x suka makan ek? mesti semua suka, kan? susah sket nak percaya kalo ada orang yang x suka makan! tapi kalo orang yang cerewet dalam makan, aku percaya! (sebab aku macam tu... hehehe...)
ok apa aku cerewet. cerewet jer aku dh cute n comel mcm ni! kalo x cerewet? (korang imagine sendiri...). tapi aku ngaku aku mmg cerewet tang makan ni. coz byk makanan yang aku x makan tau! even makanan tu dikatakan lazat / berkhasiat /mahal pada tekak orang lain. x percaya? ok.. kalo korang nk tau antara makanan yang aku x makan ialah seafood (kecuali ikan). bukan aku elergik. tapi tekak aku mmg x leh terima makanan tu. x percaya? tgk pictures kt bawah ni...
lobster
Persatuan Suka Makan Malaysia (PSMM) - click below...
http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=474077
Posted by
ud@cit
at
11:24 AM
1 comments
Thursday, February 14, 2008
NASI AMBANG
hehehe... nasi ambang (sebut dalam loghat jawa). one of my favourite meal. gambar di atas adalah gambar nasi ambang. aku snap pictures ni masa keluarga aku buat kenduri arwah makcik aku yg ke-100 hari di kampung.
nasi ambang adalah antara makanan orang jawa yang terkenal. glamour... popular... dan sebab dia best... hehehe.... nasi ambang ini dihidangkan dalam dulang yang mana 1 dulang dianggarkan untuk 4 orang makan. nasi yang dihidangkan bersama2 lauk ditengah2 yang beraneka jenis. antara lauk utama nasi ambang adalah sambal goreng, serunding, mee goreng, ikan kering, ayam kicap dan sambal belacan. pacri nenas spt gambar di atas adalah lauk tambahan. yang penting, nasi ambang lauknya tiada yang berkuah spt kari atau gulai lemak. asam pedas pun tak ok...
mungkin ramai yang biasa dengan makan dalam dulang / talam secara bersama2. biasanya selain di kenduri2, suasana tersebut boleh dilihat ketika majlis maulud nabi yang dibuat di surau2 atau mesjid2. tak pun masa makan yang dihidangkan lepas yasin setiap mlm jumaat di surau2 atau mesjid2. tapi, itu kita makan saja dalam dulang (makan habis). kuantiti makanan dalam dulang hanya utk 4 atau 5 orang yang mana tidak sama banyaknya spt nasi ambang dihidangkan (spt gambar di atas). kenapa kuantiti nasi ambang yang dihidangkan lebih banyak?sebenarnya ada kelainan sedikit cara makan nasi ambang berbanding makan nasi minyak dalam talam. tapi bagi orang jawa, ianya adalah perkara biasa. malah ianya dikatakan satu adat jika makan nasi ambang ni. iaitu... mereka-mereka yang dihidangkan nasi ambang dalam satu dulang dalam sesuatu majlis, mereka akan menjamah nasi ambang tersebut bersama2. kemudian, lebihan nasi ambang yang dimakannya itu tadi akan dibungkus selepas dibahagi2kan sesama mereka untuk dibawa balik. ianya dianggap sebagai berkat (makanan yg ditapau) dri tuan rumah. beg plastik akan disediakan sekali bersama2 nasi ambang itu dihidangkan. jadi, dulang yang tinggal selepas majlis tidak akan berisi dengan lebihan makanan tersebut. mungkin ini dikatakan kesepakatan dalam kehidupan dalam komuniti bermasyarakat di kalangan mereka (orang jawa).
tapi mmg seronok apa kalo kita dapat makan nasi ambang ni. kalo dapat berkat yang berisi nasi ambang pun best...
(apa aku mengarut ni...)
yang penting, nasi ambang memang best.... hehehehe...
Posted by
ud@cit
at
11:45 AM
1 comments
Labels: Artikel
Tuesday, February 12, 2008
hanya padamu - nyanyian semula oleh edi
adakah ini bakat baru yg dicari2 oleh AF6? apa komen anda..?
AFUNDI edi.
yo yo ooo jer...
sorry bro... kita layaaann...
Posted by
ud@cit
at
5:26 PM
0
comments
Labels: songs
Wednesday, February 6, 2008
kini aku telah bangkit!
Dengan apa yang telah berlaku ini,
Mungkin aku akan rasa kecewa...
(itu tanda aku masih punya hati)
Tapi,
Aku tak akan biarkan kekecewaan ini
Terus bikin aku gila!
Bahagia untuk aku memang ada.
Pasti ada!
Mungkin bukan ada pada dia...
Jadi,
Aku akan terus buru kebahagiaan itu
Sampai aku ketemu!
Biarpun seribu tahun lagi
Biarpun sejauh mana likunya...
Tidak akan pernah aku putus asa lagi!
Bukan untuk orang lain
Tapi untuk aku sendiri
Hanya untukku...
Dan kini aku telah bangkit!
Posted by
ud@cit
at
5:18 PM
0
comments
Ada Cinta ...
::Anak Halal::
Posted by
ud@cit
at
5:11 PM
0
comments
Monday, February 4, 2008
komentar seorang teman - Apa Hati Dan Akal Kita?
di mana budi kita? hah!! bile ckp pasal budi, semua fikir budi dan balasan dari budi.
kata lain,bila ada orang tolong, itu lah budi. itu je ke?
jangan sekali kali asingkan hati dan akal. biarlah apa yang dirasa dan diungkap, akan dibenarkan akal dahulu. kalau setakat menguasai ilmu alam dan manusia, boleh ke kite ni jadi insan terbijaksana dan dihormati serta mendapat keberkatan dari maha Esa? kalau setakat hanya menguasai ilmu agama semata, tentu ke kite ni baik? kalau kite menguasai kedua dua ilmu dunia akhirat, adakah kite ni akan berjaya juge di dunia dan akhirat? beruntung sekali kepada yang menguasai ilmu dunia dan akhirat. tapi kalau mentaliti dan jiwa nya kosong, tetap tak berguna kedua dua ilmu tu.
sesuatu yang ganjil itu, adalah satu ciptaan. maka tanpa dikaji, patut ke kite ni nak terus benci dan geli dengan keganjilan tersebut? same je bagi orang yang pandai dan orang yang tinggi ilmu agamanya. tapi mudah dan cepat berprasangka buruk. nama je ilmu agama tinggi, tapi tetap tidak bijak. cepat benar menghukum insan lain bila ungkapan insan lain itu seperti ganjil tapi penuh dengan makna; dan yang menghukum itu tidak bijak dalam menilai ketinggian bahasa yang terkandung.
adakah suatu nasihat semangat untuk orang lain yang disampaikan dalam bait-bait agung bahasa; bait bait castra... diannggap ganjil? mentaliti yang tiada pujangga, bila baca atau dengar bingkisan bicara yang terkandung coretan bak castra, mulalah hanya berprasangka itu adalah madah madah asmaradana. kalau lelaki yang berbuat begitu, katanya gay!!
kalau perempuan yang berbuat begitu, katanya lesbian!! bodohnya prasangka tersebut. kalau ilmu sudah cukup di dada, cuba lah rungkaikan makna di sebalik bait-bait yang terkandung sebelum jangan mudah mentertawakan orang lain bila berlaku keganjilan dalam perhubungan.
walau nampak tidak seperti biasa, tetapi Allah yang maha mengetahui. tidak cukup sekadar ada ilmu agama, tetapi diri sendiri masih lagi buta hati; itulah kosongnya jiwa. jadi, kawan kawan, belajarlah dari kejujuran. renungi lah dalam diri. tidak seorang pun kita yang lengkap dari segala yang ada. perlu tahu manusia ini adalah makhluk yang berubah ubah. jangan lah alpa dengan setiap perubahan. ya kamu tinggi ilmu sains, ekonomi dan pakar segala pakar. tapi tiada sivik!!ya kamu tinggi ilmu dalam agama. tapi tiada sivik!! di mana budi bicara, di mana budi pekerti dan di mana budi bahasa? seorang yang beragama dan berilmu tidak akan mudah memberi pandangan peribadinya. tetapi perlu bijak dalam menyusunaturkan setiap apa yang disampaikan melalui pendekatan bijak. jadi selepas ini, jika kita berasa ada ilmu, tak kira la ilmu dunia atau agama, jangan taksub menghukum orang dan mentertawakan orang lain. jika ternampak keganjilan tersebut. Itu sebenar bukan lah suatu yang ganjil. tetapi ketaranya ternampak akan kebodohan kamu dalam berfikir dan berbahasa.
(tQ bro for this writing...)
Posted by
ud@cit
at
2:17 PM
1 comments
Labels: Artikel, friendship
Suara kehidupanku
Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.
Posted by
ud@cit
at
2:15 PM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, love, words
:: KATA PUJANGGA TENTANG SAHABAT ::
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian”
“Jika kamu tidak memahami sahabat kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.”
“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Karena seorang sahabat bisa lebih dekat dari pada saudara sendiri.”
“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.”
Posted by
ud@cit
at
2:07 PM
0
comments
Labels: friendship, words
:: Air Mata ::
Air mata
Ianya bukan mahal nilainya
Tapi nilainya itu
tidak ternilai
meskipun semua orang memilikinya
tapi tak semua boleh memperolehinya
ketahuilah
andai seseorang menggugurkan
air matanya kerana kamu
janganlah sesekali kamu alpa
ini kerana
kamu itu lebih tinggi nilainya
dari air mata itu dalam
hidupnya
justeru itu
janganlah sesekali kamu
terlepas pandang akan
orang di sekeliling kamu
kerna
kamu akan jadi orang
yang paling bodoh
dan tidak tahu bersyukur
jika tidak tahu menilainya
dan menghargainya
percayalah
cubalah letakkan diri kamu
di tempatnya
pasti kamu
akan merasainya
p/s :
lelaki yang menahan gugur air mata
kerana egois kejantanannya
sebenarnya telah mencampakkan
maruah keperwiraannya
di tempat yang paling hina - unknown
Posted by
ud@cit
at
2:04 PM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, love, poems
:: Berubah ::
Begitu mudah, kan?
Bagai hanya dengan sekelip mata
Bagai tiada apa yang pernah terjadi
Bagai hari ini tiada pernah ada semalam
Bagai tiada janji yang perlu dikotakan
Bagai tiada kenangan hingga boleh dilupakan
Kenapa ya?
Tentu kamu ada akan jawabannya
Pasti kamu ada akan alasannya
Kerna ia adalah tentang kamu
Adakah ianya sikap kamu?
Atau itu egois kamu?
Aku terima semua ini
Ketahuilah
Walaupun aku terkadang rasa keliru
Kerna ini bukan pertama
Jadian kamu
Dan ini tanda aku kenal
Sama kamu
Terima kasih ya akan ruang ini
Cuma
Aku mau kamu tahu
Apapun kamu
Sejak kita mula temu dahulu
Ngak pernah ada rasa nyesal aku
Hingga kini berteman akan kamu
Kerna
Bila berteman itu
Bukankah
Kita perlu jadi diri kita sendiri
Dan sebagai teman
Kita perlu terima apa seadanya.
Aku yakin
Aku juga pasti
Jika begini kamu bisa berubah sebegini
Kenapa tidak esok
Kamu bisa berubah kembali seperti biasa
Bukankah panas dikesiangan
Juga bisa ada hujannya
Dan hujan yang turun
Pasti juga akan ada berhentinya
Benar, kan?
Doaku untukmu
takkan pernah putus
Teman
Walaupun ke mana keberadaan kamu
Kenangan kita bersama
Meskipun hanya sementara
Telah buat kamu senantiasa dekat
Di hatiku
Moga kamu tak pernah lupa
Punya kenalan seperti aku
Dan maafkan aku
Jika ada sesal kamu
Kerna temui aku dalam jalanmu
seorang insan yang tidak sempurna
04 feb 2008 – 01:08am
-> Sebelum mata terlena <-
Posted by
ud@cit
at
2:03 PM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, love, poems
:: Adillah ::
Muntahkan saja
Rasa kebencian itu
Andai itu yang kau rasakan
Kerna itu lebih mulia
Dari kau pendiam diam
Hakikat terlihat di riak wajahmu
Luahkan saja
Rasa muak itu
Andai itu yang kau loyakan
Kerna itu lebih jujur
Dari kau simpan sembunyi
Hakikat terpancar di rentak sikapmu
Tidakkah kau rasa penat?
Tidakkah kau rasa bosan?
Apakah itu sikap dan caramu?
Atau itu adalah egoismu?
Kenalilah
Aku yang mengenali dirimu
Ketahuilah
Aku yang mengetahui dirimu
Rasailah
Aku yang dapat merasakannya
Bicaralah, katakanlah, nyatakanlah
Adillah akan untuk dirimu
Adillah akan untuk diriku
Pasti aku akan akur
Kerna ini adalah yang terbaik untuk kita
04 feb 2008 – 01:08am
-> Sebelum mata terlena <-
Posted by
ud@cit
at
2:01 PM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, love, poems
ANAK HALAL


"wujudkah 'cinta' antara kita seperti kuatnya 'cinta' antara mereka?"
Posted by
ud@cit
at
11:27 AM
0
comments
Labels: Artikel, brotherhood, friendship, love, video clip
Thursday, January 24, 2008
AM I ON DIET??????
Posted by
ud@cit
at
1:50 PM
3
comments
Tuesday, January 22, 2008
i dont know why....
i dont know why....
i think something was missing for today in me....
but, what?
i don't know.....
and i don't have any idea...
feel like i'm lost something....
eeeeemmmmm........ (thinking)
bluuuurrrr....
i hate this....
hello...... where are you myself....? where you go....?
how dare you....!
i will catch you back!
huh!
Posted by
ud@cit
at
5:11 PM
2
comments
Labels: writings
Thursday, January 17, 2008
Aku yang dulu2... look @ MY PICTURES GALLERY for more
Posted by
ud@cit
at
3:36 PM
2
comments
Labels: photo frame
Tuesday, January 15, 2008
TEMAN TERULUNG by Anuar Zain
this song is just for you...
Posted by
ud@cit
at
11:43 AM
1 comments
Labels: brotherhood, friendship, karaoke, love, Malay Hits, songs
Wednesday, January 9, 2008
www.projekkami.com
Posted by
ud@cit
at
10:04 AM
0
comments
Labels: friendship, Malay Hits, songs, video clip
Tuesday, January 8, 2008
Taman RASHIDah Utama by Wings
Posted by
ud@cit
at
5:32 PM
0
comments
Labels: karaoke, love, Malay Hits, songs, video clip
Bila Aku Sudah Tiada by HUJAN
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
Posted by
ud@cit
at
10:21 AM
0
comments
Labels: brotherhood, friendship, karaoke, love, Malay Hits, songs, video clip
Wednesday, January 2, 2008
Writing on 31 December 2007 - Part 1
Ahlan wa sahlan 2008!!! and Good Bye 2007!!!
Alhamdulillah... 2008 yang menjelmatiba dapat dihirup udaranya lagi akan nafas kita dengan degupan jantung yang sihat. ini semua adalah dengan izinNya. 2007 pula telah kita tinggalkan dengan pelbagai ceritera. suka duka dan pahit manis. mungkin juga 2007 telah banyak mengajar kita erti hidup untuk terus menghadapi 2008. apapun, 2007 telah pun menjadi kenangan yang tak mampu diulang kembali dan hanya mampu diingati. biarkanlah. bukankah kita perlu terus langkah ke hadapan untuk menggapai apa yang kita impikan?
tolehlah ke belakang hanya jika kita mahu pastikan yang kita tidak akan tersadong tersungkur lagi di hadapan dek penghalang yang sama. tolehlah ke belakang seketika hanya jika kita ingin mengimbau kenangan yang indah bersama sebagai tanda kita masih punya ada rindu pada yang disayang.
Posted by
ud@cit
at
2:33 PM
0
comments
Labels: writings
2008 Opening
Past is EXPERIENCE, Present is EXPERIMENT and Future is EXPECTATION.
So, use your EXPERIENCE in your EXPERIMENT to achieve your EXPECTATIONS...
:: unknown ::
Posted by
ud@cit
at
2:23 PM
0
comments
Labels: words
Ratuku - Wings
Posted by
ud@cit
at
12:47 PM
0
comments
Labels: karaoke, love, Malay Hits, songs, video clip
MY VIDEO
Contact Me... For More Information
Email : rush8_1182@yahoo.com / uda.acit1182@gmail.com
@ LET's CHAT / leave ur comments here